Adakah makanan yang anda makan
membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu
letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa
panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
Tentu ada di antara kita yang
menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku
terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat.
Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang dimakan atau tidak dimakan juga boleh mempercepatkan proses penuaan
tersebut sebelum tiba masanya.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau
makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang
sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
Ketidakseimbangan makanan seperti ini
yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya
dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak.
Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti
keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk
mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen
yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.
1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?
Anda mungkin memerlukan lebih vitamin
B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan
haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan
tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan
otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda
kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang
makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid
untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan
kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam
badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12?
Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak
mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda
seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari
kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah
pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan
lain seperti ikan, ayam dan daging.
2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?
Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan
dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk
mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan
supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini?
Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat
ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan
makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen
bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan
kesakitan sendi yang anda alami.
3. Anda selalu dan mudah terlupa?
Anda mungkin memerlukan lebih omega-3,
sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini
diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan
zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi
otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan
sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan
omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada
kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan
yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak
omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah
omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s?
Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak
makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari
sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat
omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan
pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak
yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun.
Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s
yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat
serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan
zat omega-3s ini di dalam badan.
4. Tekanan darah anda semakin meningkat?
Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium.
Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan
toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang
tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi
tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah
pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan
anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang
sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya
meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan
penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan
pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan
dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah
berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang
tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang
dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita
merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota
badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang
diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama
terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.
No comments:
Post a Comment