Pages

Thursday, April 19, 2012

Panduan Membaca Label Pada Botol Vitamin (Supplements).

Berikut ialah panduan ringkas tentang supplements dari buku tulisan Dr. Bruce Miller.
Sekiranya anda membeli supplements di farmasi berdekatan, bolehlah jadikan panduan di bawah ini agar anda dapat memilih makanan tambahan (supplements) yang berkualiti dan berbaloi dengan wang yang dilaburkan.


1. Multivitamin
  • Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B complex

  •  Perlu ada 8 kumpulan Vit-B untuk mendapat kesan paling baik.
  •  Pastikan asid folik dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C

  •  Minima 500mg
  • Bersifat pelepasan masa (sustained release).
  • Membekalkan spektrum bioflavonoid dalam jumlah yang mencukupi.
  • Di uji secara klinikal.
4. Vitamin E
  • Pilih yang bersifat semulajadi (d-alfa-tocoferol) ada di tulis pada botol bahagian label. Untuk sumber tiruan atau sumber kimia (“l” atau “dl” dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
  • Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium

  • Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna. Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.
Kredit to Genkimomma

No comments:

Post a Comment