Set Menyusu Lengkap Shaklee- Kebaikan Penyususan Susu Ibu

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada seranagn dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jankitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayinya bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya 

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ia tidak boleh diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein 
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari. 

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C[1].  Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu. 

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari. 

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan[2] otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung[3] apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)[4] atau autisme. 

Alfalfa 
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. 

Shaklee menawarkan satu rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien untuk penyususan ibu.

Family Wellness 
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat. 





Ostematrix
 Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat





OmegaGuard™
Menyediakan potensi Asid Lemak Omega 3 ultra tulen yang bergred farmaseutikal dengan spektrum menyeluruh. 













Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr.Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milik Penuh Shaklee (Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.











Sumber info: Shaklee Today


 ____________________________
Dapatkan set penyusuan lengkap anda hari ini. Saya Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail Shaklee Independent Distributor yang sah, ID no 867161
boleh dihubungi melalui email ain_irdina@yahoo.co.uk atau PM FB: Ummu Ainan, atau melalui telefon; 0133570906

COD area USJ, juga membuat penhantaran di seluruh Malaysia melalui pos dan seluruh Negara


[1] http://ajcn.nutrition.org/content/40/5/1050.abstract
 
[2] http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation
[3] http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927
[4] Stevens L, Zentall S, Deck J, Abate M, Watkins B, Lipp S, Burgess J. Essential fatty acid metabolisme in boys with attention-deficit hyperactivity disorder. Am J Clin Nutr1995;62:761-8.

You Might Also Like

0 comments