Pages

Sunday, May 19, 2013

Cara Naikkan Hemoglobin

Hari tu saya ada buat check up dekat klinik nurse ajar satu-satu cara makan dan bagaimana ambil suplemen supaya tak mengganggu penyerapan iron..

Nurse cakap, cara makan silap sikit je Hemoglobin boleh tergelincir.. Walau banyak mana kandungan iron yang diambil.. Semalam ada yang pm saya, 'macam mana nak buat HB turun sampai kena bebel dengan doktor'.. 

Satu je saya tanya sekarang dia makan
apa .. 'Jawapannya iron tablet'.. 
Kalau Iron tablet yang tinggi dosnyapun dia cakap tak boleh naikkan HB terus terang saya kata dia takkan mampu naikkan HB dengan suplemen lain.. Jadi saya tak suggest apa-apa.. Teruskan apa yang dia makan je.. Dan minta consult doktor cara makan yang betul.. 

Ok berbalik kepada cerita saya, nurse
pesan

1) Lepas minum susu JANGAN breakfast HEAVY MEAL.. Memadai makan ringan sepotong kuih.. Haaaa kenapa??? Sebab dalam makanan berat kita kemungkinan ada iron dan kalsium mengganggu penyerapan. Jadi kalau nak makan juga, selepas beberapa jam minum susu.. 

2) Semasa lunch atau ambil makanan berat elakkan makan sebarang makanan berasaskan kalsium.. Elakkan susu, soya dan apa-apa kalsium lain.. 

3) Ambil suplemen with iron (Saya makan vita-Lea with Iron) selang sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan dan diambil bersama-sama jus atau vitamin C (saya ambil chew vita-C) barulah iron tu dapat diserap baik.. Kemudian rehatkan perut.. Jangan makan apa-apa lagi bagi semuanya diserap...

4) Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi sambil lunch atau ketika ambil makanan berat kerana ia boleh menghalang penyerapan nutrien. 

Saya ambil Vita-Lea with iron 2 kali
Iaitu sebiji setiap kali ambil..
Buat macam apa yang nurse ajar di atas.. 

Sesekali best juga dapat taklimat free daripada nurse..

Haaaa kalau sembelit, saya ada caranya nak atasi.. 

Suplemen sepanjang saya mengandung; 
 
Chewable Vita-C 100mg saya ambil beberapa kali sehari.. Biasa 3 biji.. 
 
ESP saya minum bersama-sama Cinch Chocolate awal pagi sebagai alas perut. 


Vita-Lea dan B-Complex pelengkap asid folik dan iron untuk ibu mengandung

 
Ostematrix sebagai sumber kalsium yang lengkap dengan Magnesium, Vitamin D dan pelbagai jenis mineral supaya dapat mengelakkan cramp, menggalakkan ritma jantung yang stabil, mengekalkan tekanan darah normal dan yang paling best melembutkan najis.. 

 
Cinch Shake Mix ni saya ambil pada
asalnya untuk kesan kenyang sebab 2nd trimester comel je berat naik sampai berkilo-kilo sebulan dan buat MGTT sampai 2 kali sebab takut Diabetes.. Tapi alhamdulillah darah normal.. 
Jadi sebelum saya dapat Diabetes yang betul-betul lagi baik saya jaga makan pagi sarapan ESP+Cinch+Oat, in between meal makan ringan-ringan dan lunch saya WAJIB makan berat.. 

Kalau diabetes, habis semua kena kontrol.. Karbohidratpun tak boleh ambil banyak.. Ooo tidakkkk.. 

Benefit daripada ambil Cinch, peningkatan berat badan naik elok.. Takde dah sampai berkilo-kilo.. Terkawal.. Paling best ia juga melawaskan sebab formulanya tinggi fiber.. 

Selamatke Cinch untuk ibu mengandung??? 

Selamat sebab Cinch tak ada kandungan yang berbahaya cumanya indeks glisemiknya sangat rendah, jadi saya campurlah dengan ESP.. GI ESP lebih tinggi.. Gabungan 2 ni sangat mantap... 

Tahukah Anda???
Pengambilan Protein dan Vitamin C yang mencukupi semasa mengandung membantu si ibu kembali solid dan slim selepas mengandung dengan lebih cepat..
 
Omega Guard teman setia untuk
Si iBu dan si Manja.. Khas untuk perkembangan otak si manja yang pintar.. Digalakkan ambil 2nd trimester ke atas.. 

Saya biasa makan 3 biji sehari.. Tapi bila dah dekat tarikh due boleh kurangkan dos atau hentikan seketika sebab kandungan EPA boleh mencairkan sedikit darah.. Kita ambil langkah berjaga-jaga.. 

Omega Guard pilihan ibu-ibu diyakini bebas bahan toksik, bebas merkuri, bebas plumbum dan Ultra Pure..

Susah dah nak cari Fish Oil yang hebat macam ni.. 

Oklah.. Sampai di sini sahaja celoteh saya pagi ini.. 

Selamat menaikkan Hemoglobin dan kesihatan ye ibu-ibu mengandung.. 

------
Sebarang pertanyaan atau info boleh hubungi;
Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail
Shaklee ID867161
Whatsapp:0133570906
COD Area USJ
Pos seluruh Malaysia disediakan.


4 comments:

  1. terima kasih ain share info. baru tau pasal omega tu. end trimester kena hati2 la ya..

    ReplyDelete
  2. Akhir trimester tu 36minggu ke atas dekat2 nak deliver sebab xnak risiko bleeding..

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing..sgt bmanfaat..

    ReplyDelete