Pages

Wednesday, February 12, 2014

7 Khasiat Klorofil yang Anda Wajib Tahu

Kita sambung 7 khasiat Klorofil

3) Mengalkalikan Badan, Menentang Keasidan
Badan yang berasid ialah magnet kepada penyakit, penyakit berjangkit, kanser dan penuaan pra matang. Dari manakah datangnya asid berbahaya ini? 
Penyumbang utama ialah pemakanan Asia yang biasa seperti beras yang digilap, mi dan juga makanan barat yang menjadi kegemaran seperti roti dan donut, selain faktor tekanan hidup seharian dan toksin yang membawa maut dalam persekitaran kita. 

Apabila badan berasid, sel-sel akan menggunakan lebih banyak oksigen dan mengalami kekurangan oksigen dengan lebih cepat. Ia boleh mengakibatkan penyakit kanser yang mengancam nyawa seiring dengan masalah kesihatan yang melemahkan imuniti, keletihan dan mengantuk, ingatan dan daya tunpuan yang lemah, cepat marah, tangan dan kaki sejuk, leher dan bahu kaku dan pelbagai kesakitan yang tidak dapat dijelaskan.
Klorofil membantu badan untuk meneutralkan keasidan dan mengalkali samada bagi mencegah atau membantu untuk mengurangkan masalah kesihatan serius. 

4) Menyahtoksin Badan dengan Lembut dan Berkesan 

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa klorofil membantu mencegah pengaktifan karsinogen (sebatian penyebab kanser) di dalam badan. Klorofil juga menggalakkan perkumuhan toksin yang berbahaya (termasuk PCB, BPA dan pengganggu sistem endokrin yang lain. 

Mengapa kita perlu untuk menyahtoksik?? 
Kerana toksin tersembunyi di setiap sudut, dalam udara, makanan dan air kita, dalam ubat gigi dan bahan pencuci di rumah malah alat-alat mainan anak kecil. Lebih memburukkan lagi badan mengeluarkan sisa metabolik yang turut memerlukan peneutralan dan detoksifikasi harian. 

AWAS!!! Plastik BPA Berbahaya ada di mana-mana

Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia yang telah digunakan lebih 40 tahun dalam pembuatan plastik sebagai bekas makanan dan minuman, pembalut dan lapisan dalam tin. Kebelakangan ini, BPA telah mendapat perhatian yang meluas 
daripada pihak berkuasa dan pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia sebagai pengganggu yang mengubah sistem endokrin dan hormon. Pendedahan terhadap BPA boleh menyumbang kepada masalah asma, kerosakan DNA, disfungsi seksual, kemandulan, kanser payudara, obesiti, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. 


Nanti sambung lagi... Stay tuned.... 

Kena ambil 10 biji Alfalfa setiap hari gini.. Tak boleh tinggal dah.. 

---
Ain-0133570906
SID -867161

No comments:

Post a Comment