17 Beza Minda Kaya dan Minda Miskin


Ini adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.



 Saya amat mencadangkan anda membaca buku ini jika anda benar-benar "komited" untuk menjadi kaya.
 1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup saya." Orang miskin percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa."

 2. Orang kaya berusaha untuk menang/berjaya. Orang miskin berusaha untuk tidak kalah/tidak gagal.

 3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.

 4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir kecil-kecilan.

 5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin fokus kepada halangan.

 6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya. Orang miskin membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.

 7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya. Orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau yang gagal/tidak berjaya.

 8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka. Orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.

 9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi. Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah mereka.

 10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih. Orang miskin selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.

 11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan result/hasil. Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

12. Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh.. saya boleh kaya DAN beriman. Orang miskin berfikir "sama ada / atau". Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!

 13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih mereka (aset-liabiliti = nilai bersih). Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

 14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka. Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang.

16. Orang kaya bertindak walaupun takut. Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.

 17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu. Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.

 Cuba ubah pemikiran kita, insyallah kehidupan kita akan menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.

-Rasyidah Shamsudin- 

You Might Also Like

0 comments