Saturday, May 31, 2014

Bagaimana Omega-3 memberi manfaat kepada Wanita, lelaki, warga tua,kanak-kanak, remaja serta ibu mengandung?

• Untuk jantung lebih sihat
Persatuan jantung Amerika menyarankan bahawa pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari yang didokumenkan mengambil kira-kira 1g Omega 3 (DHA + EPA) sehari.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA)
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan EPA dan DHA Omega-3 asid lemak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyakit Jantung di kalangan lelaki & wanita:
Kematian secara tiba-tiba disebabkan oleh aritma ventrikular yang berterusan merangkumi 50% hingga 60% daripada semua kematian yang melibatkan penyakit jantung kotonari (CHD). Kajian mendapati bahawa seseorang dengan pengambilan tambahan Omega-3 mengalami pengurangan dalam kematian mengejut dan semua punca kematian sebanyak 45%. 

•Mencegah Pengecutan Otak
Warga Tua: Dimentia mempunyai kaitan yang rapat dengan pengecutan otak dan orak kita sebenarnya semakin mengecil semasa proses penuaan yang biasa - iaitu kira-kira 0.5% setiap tahun selepas umur 70 tahun. Kajian mendapati warga tua dengan asid lemak Omega-3 yang lebih tinggi dalam darah mereka mempunyai 2.7% kurang pengecutan otak. 

Wanita mengandung: 
Kekurangan DHA/Omega-3 akan menyebabkan pengurangan rizab badan mereka memandangkan ia digunakan untuk perkembangan bayi. Ini akan mengakibatkan otak-otak ibu ini mengecut dengan sendirinya lalu mengalami daya ingatan dan daya tumpuan yang lemah. 
Adakah anda mendapat Omega-3 yang mencukupi?


• Merangsang Kebijaksanaan Bayi & Kanak-kanak
Bayi: kajian mengesahkan bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang mengambil Omega-3 semasa mengandung adalah lebih bijak

Kanak-kanak dan & Remaja: Para penyelidik di Universiti Oxford mendapati kaitan yang kukuh di antara Omega-3 serta sumbangan mereka kepada penumpuan dan keupayaan pembelajaran yang lebih baik. 

•Kesihatan yang Lebih Baik
Kanser Payudara di Kalangan Wanita: Kajian-kajian menunjukkan pengurangan sebanyak 14% dalam risiko kanser bagi mereka yang mempunyai tahap EPA dan DHA yang lebih tinggi dalam darah dan juga mereka yang mempunyai Omega-3 yang sangat rendah menunjukkan risiko yang lebih tinggi kepada kanser

ADHD dalam Kanak-kanak: Omega -3 yang tidak mencukupi adalah biasa pada kanak-kanak dengan ADHD dan terdapat bukti saintifik bahawa pengambilan tambahan Omega-3 membantu meningkatkan tingkah laku kanak-kanak dengan gejala ADHD

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN PENGAMBILAN TAMBAHAN OMEGA-3?
Asid lemak Omega-3 adalah penting kerana ia tidak disintesiskan oleh badan dan harus diperoleh melalui diet atau makanan tambahan. Anda tidak boleh mendapatkan Omega-3 dengan secukupnya dalam diet harian yang dikuasai oleh 'kemudahan' makanan moden dan risiko yang lebih tinggi daripada memakan terlalu banyak logam berat dengan pengambilan ikan yang tinggi. 

No comments:

Post a Comment