Master Coordinator

Master Coordinator Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail & Hishamuddin bin Ahmad

Masih terasa seperti mimpi. 2 tahun yang lepas saya join Shaklee semata-mata produknya. Ingin mengkaji dan teruja dengan natural nya. 

Cari punya cari Distributor jumpalah mak Shaklee saya sekarang iaitu Master Dila Roslan. 

Selepas sahaja signup saya ditujukan soalan 'Ain nak bisnes??' 

'Eh boleh bisneske?' Bagaikan insan yang mengantuk disorongkan bantal. Bermulalah episod bercita-cita berkongsi kebaikan Shaklee. 

Pada awalnya suami menentang tindakan saya kerana saya dah ada bisnes lain sebelum itu. Tapi saya membuat perjanjian 'bagi saya 2tahun untuk saya buktikan'. 

Masa buat akujanji tu saya tak tahupun nak buktikan apa, saya cuma sebut. Saat tu mak nenek Shaklee tak cerita langsung boleh dapat apa dengan Shaklee. Duit beribu-ribu?? Kereta mewah?? Langsung tak ada. 

Apa yang saya nak buktikan?? Sayapun tak tahu tapi saya PERCAYA akan melangkah lebih jauh dalam Shaklee (walaupun masa tu Master tu apa bendalah tak tahu juga) 

Tapi benarlah usaha semuanya datang daripada Niat. Automatik Allah berikan intuisi, ilham untuk bergerak ke arah impian.

Genap 2 tahun saya bergelar Master Coordinator. 
Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. 

Tetapi perjalanan saya belum habis di sini. Hari ini saya Master Coordinator, saya mesti pastikan kesemua susur galur saya dapat apa yang saya dapat. 

Sekarang sesi mencurah ilmu kepada mereka. 

Saya yakin akan melahirkan Master Coordinator sedikit waktu lagi i.Allah. 

Segala yang baik datang daripada Allah, yang buruk daripada diri saya sendiri. 

---
Salam Sayang, 
Master Ummu Ainan (Tuan Nurul Ain) 

You Might Also Like

0 comments