Pages

Monday, June 16, 2014

Kenapa Revamp Routine

Sebelum join Shaklee hidup saya dah memang sedia tunggang langgang. Bila kita tak dapat siapkan kerja rumah kita bagi alasan 'anak kecil'..

'Biasalah ada anak kecil, mana sempat nak mengemas, anak-anak sepahkan bla...bla.. blaa..'




Lepas join Shaklee selama 2 tahun (untuk dapat master) sebenarnya hidup saya lagi huru-hara. Nasib baiklah suami saya faham dan pejam mata sahaja..

Lagi pelik, lepas dapat master hidup LEBIH HURU-HARA. huaaaa kenapa tiada perubahan ni? malah otak lagi sibuk memikirkan kerja. Berada di atas bukan bermakna kita hebat, tapi ia bermakna TANGGUNGJAWAB LEBIH BESAR. Siapa yang sekarang tengok Master-Master hebatnya mereka blaa blaa blaa.. Sedia mental fizikal untuk tempuhi tanggungjawab yang sangat besar. 

Kalau sekarang distributor dah rasa nak give up, dah naik Master nanti rasa nak letak jawatan je hahaha.

Ok berbalik kepada tanggungjawab tadi, saya muhasabah diri 'apa yang saya nak dalam hidup saya?'
Saya memang nak tolong suami saya jana income. Dalam masa sama saya tak mahu abaikan tanggungjawab sebagai suri rumah, isteri, ibu. Tugas isteri besar, mendidik anak-anak tugas isterilah.

Memasak, mengemas besar pahalanya, Walaupun hanya buat jeput pagi tapi setiap tindakan berbalas pahala. Pahala-pahala juga, tapi kalau dah letih apa perasaan?

Rasa dunia tidak memahami, terasa penat seorang diri, terasalah semua benda. Sambil-sambil mengemaspun boleh beremosi boleh menangis sendiri. Anak-anak tak payah ceritalah, terabai. Walaupun umi tak bekerja tapi TIADA MASA untuk mereka. tak ajar mengaji sedangkan itulah yang kena terap dari rumah sebelum serah pada cikgu atau ustazah di sekolah.

Ok hasil revamp alhamdulillah dunia berubah. Inilah yang saya impikan.

I am a PERFECT LEADER.

Boleh uruskan bisnes, boleh uruskan rumahtangga, boleh uruskan anak-anak, ada masa kosong yang sangat banyak tanpa membuat kerja sama setiap hari yang akan menambah kepanasan hati setiap hari.. hehehe.

KUNCInya?? Ajar anak-anak al-Quran. Cari masa untuk mereka mengenal Al-Quran. Boleh hantar anak-anakpergi kelas mengaji. Lain BONDINGnya. Bila mengaji kita boleh pandang wajah setiap anak dan anak lebih menurut kata, hasilnya, seluruh hidup tiada lagi tunggang-langgang, tiada lagi huru-hara.

Revam sayuran untuk seminggu. Tiada alasan untuk tidak memasak sayur lagi


Masakan hasil daripada revamp dapur dan peti

Bila dah revamp, buatlah jadual harian. Mana-mana kerja yang tak patut diulang setiap hari tak payah buat. RUGI masa.

Hasil REVAMP ni:

  • ada masa MENGAJI
  • ada masa RIADAH
  • ada masa REHAT panjang
  • Rumah sentiasa kemas
  • Tandas sentiasa bersih
  • Tiada lagi longgokan baju tidak berlipat


Riadah petang

SEKARANG??? Tiada lagi alasan untuk BERJAYA DUNIA AKHIRAT.


Ok sekian hari ini daripada UA


No comments:

Post a Comment