Pages

Wednesday, October 8, 2014

KENAPA TIDAK DIGALAKKAN SUSU FORMULA??


Kenapa susu binatang tidak sesuai untuk bayi??

Lihat sahaja kepada haiwan mamalia, selepas melahirkan anaknya, anak disusukan dan anak itu terus boleh bangun dan berjalan..


Ini kerana, susu haiwan sangat tinggi lemak dan protein. Ia bersesuaian untuk perkembangan otot anak haiwan tersebut untuk terus berdikari.

Kenapa bayi tidak sesuai susu selain susu ibu??
Fitrah manusia dilahirkan sangat lemah, mereka tidak memerlukan protein dan lemak yang tinggi, tetapi mereka memerlukan DHA dan antibodi untuk perkembangan otak dan rintangan kepada penyakit kerana bayi yang lemah ini akan dijaga rapi oleh ibunya, bukan dibiarkan membesar sendiri seperti seekor haiwan.

Kandungan susu ibu rendah protein dan rendah lemak sesuai untuk buah pinggang bayi yang cukup lemah. Hanya susu ibu yang sesuai untuk mereka.

Jika anak menangis walaupun telah diberikan susu??

Itu bukan bermakna mereka lapar, tetapi mereka memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu dan ibu haruslah membuat bayi mereka berasa selamat.

*UA biasa letak anak-anak atas perut. Bayi akan tenang dalam dakapan ibu mendengar degupan jantung ibunya.

No comments:

Post a Comment