Friday, July 11, 2014

Shaklee Support Israel???

Kecoh isu produk Israel nikan. Biasalah setiap kali Gaza diserang setiap kali tu jugalah masing-masing nak BOIKOT. Bagus tu, itu tanda rakyat Malaysia concern.

Ok, berbalik kepada isu Shaklee = Israel, dah 3 kali isu ni naik tu juga bermaksud 3 kali jugalah sepanjang 2 tahun ++ UA dengan SHaklee ni Gaza diserang. Macam UA sendiri bermakna dah BOIKOT 2 tahun ++ Mc D. Kalian bagaimana? Sedap makan McD tu? Dahlah tak berkhasiat, bahaya pula tu.

Shaklee ni produk nutrisi bagus untuk badan kita. Tapi betulke Shaklee support kewangan Israel @ Yahudi ni??


Betulke??

SID @ Shaklee Independent Distributor rupanya

Shaklee tak ada kaitanpun dengan ekonomi Keneseth Israel tu tapi SID yang bertanggungjawab menyalurkan sumbangan kepada KIC. Mulia juga hati diakan?

Apa sumbangan kita dah bagi untuk umat Islam hari ini? Bagi ke tak ni?? Malunya pada penyumbang KIC tu.. kita duk sibuk hal dia sumbangkan pada Israel, kita hanya Keyboard Warrior je tapi satu sen pun tak ada sumbangan pada perkembangan Islam. 

Allah tak tanya adakah kita berjaya selamatkan Gaza, tapi Allah tanya apa sumbangan kita. Walau hanya 10 sen semoga ia mampu menghalang kita daripada bakaran api neraka esok-esok. 

Nak menyumbang kepada Gaza?? Boleh.. 

Sumbangan boleh disalurkan kpd:

Maybank: 564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)

RHB: 26-2120-0000-4747 Muslim Care

Muamalat: 14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank islam: 14014010147470 Muslim Care Malaysia

Untuk makluman Muslim Care ini terus daripada Yayasan Amal Malaysia, dan pihaknya hanya mengambil sangat sedikit peruntukan untuk sukarelawannya, semua terus sampai kepada Gaza. 


-Ummu Ainan-


3 comments:

  1. Komen puan tentang artikel ini > http://www.drnikrahim.com/2014/08/kenapa-saya-boikot-shaklee.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi bertanya.

    Sebagai Distributor, saya hormat pendirian beliau kerana tiada paksaan untuk terus mengedar mahupun menghentikan aktiviti.

    Pendirian saya jelas iaitu meneruskan sebagai SID kerana Shaklee secara official tiada kaitan dengan Israel dan ini telah disahkan oleh Roger Barnett sendiri.

    (Daripada pengamatan saya, Dr Nik Rahim tidak mengikuti kronologi kes Shaklee di Malaysia)

    ReplyDelete
  3. Bermuamalah dengan Yahudi adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam melalui dana yang disalurkan kepada Yahudi. TETAPI, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
    Sesungguhnya sudah terang lagi terbukti bahawa: "Roger Barnett merupakan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan kepada Elei Wiesel Foundation, (satu pertubuhan yahudi yang begitu fanatik menyokong Israel). Elei Wiesel Foundation ini BANYAK MENAJA SEKOLAH-SEKOLAH TERMASUK DI ISRAEL.”
    Di sekolah Israel tu la anak-anak Yahudi Israel diajar untuk membenci dan membunuh umat Islam Palestine.

    ReplyDelete