20 Perkara Tentang Saya

20 Perkara tentang saya.. hehehe Baru-baru ni kecoh juga rata-rata share pasal diri masing-masing. Ok adakah kita kenal diri kita sendiri?



Ok, meurut kajian, ketua yang kenal diri mereka sendiri lebih mudah menjadi ketua yang disukai dan diikuti orang bawahan. tetapi jika ketua tu syok sendiri, ia akan dibenci oleh orang bawah. Kita lihat betul atau tidak.. taoi UA ni banyak keburukan daripada kebaikan ye.. hehe Layannn..

1) Lembik tapi keras.
UA kalau orang nampak sangat lembik. Sangat tidak konfiden berhadapan dengan orang tapi di sebalik lembik ni ada kekerasan sekeping hati. Kalau UA kata A, maka A lah kalau UA kata B B lah.. Susah juga nak lenturkan hati ni. Nampak macam 'baik' tapi sekali orang buat hal baru keluar perangai sebenar hahaha.. Nak cuba try testke?

2) Tidak Suka Hutang
UA sekeras-kerasnya menolak berhutang ataupun memberi hutang. Mungkin faktor famili begitu. Contoh, ada orang nak berhutang dengan UA hohohoho beratnya hati nak bagi tapi kalau dah bagi kepakaran UA part menceti.. Memang boleh cair tahi telinga orang tu. Lagi satu PANTANG orang lain berhutang tapi kutip hutang dengan UA.. Daripada lembik-lembik ni boleh bertukar jadi NAGA hahaha.. 'Orang lain berhutang minta dengan orang tulah apa minta dengan saya'.. Sebab semua hutang UA, UA dah langsaikan terutama PTPTN. Alhamdulillah selesaipun walaupun berniaga dari rumah sahaja.

3) Tak suka meminta-minta
UA pantang orang meminta-minta.. Sebab UA jenis selagi boleh buat sendiri selesaikan semua sendiri. Tapi part ni banyak makan diri sendiri.. UA tak suka orang minta tolong tapi bila kita lemah masa tulah rasa 'lonely i'm so lonely'. Tahun lepas masa bersalinkan Nisa' ya Allah mencabarnya sebab berpantang sendiri. Mak UA sakit masa tu UA berkeras tak nak balik kampung berpantang di Besut sebab hati UA fragile.. Disebabkan nak jaga hati semua pihak UA berpantang sendiri dengan 2 anak kecil, saat tulah menangis hari-hari sakit kena rengat. Suami UA bulan puasa kena berniaga di Jalan Tar sehingga jam 4 pagi. Pagi sebelum keluar suami masakkan siap-siap tapi bila sakit tu Ainan yang tolong urut padahal Ainan masa tu baru 5 tahun.. Saat tulah UA rasa tak ada orang sayang UA.. Saat kita senang kita tak menyusahkan orangpun tapi saat kita sakit kita sakit seorang diri dan sampai sekarang mimpi ngeri berpantang sendiri tu ada. Rasa tak nak beranak dah hahaha (emosionalkan)

4) Determined
Apa maksud determined ni sebenarnya? hehe UA seorang yang sangat tekad. Sebelum kahwin sifat ni tak nampak sebab UA anak manja.. Walaupun masih ada 2 orang adik bawah UA tapi disebabkan jarak adik UA agak jauh, jadi perangai ala-ala anak bongsu yang mengada-ngadanya mak aiiihhh. Ayah UA yang layan UA dari kecil semua ayah sampaikan pernah terfikir kalau nak suami nak ada ciri-ciri macam ayah yang boleh tenangkan UA saat UA perlukan nasihat. Daaaannn suami UA sekarang memang satu-satunya insan yang memiliki ciri penenang terbaik.. Ok part determined tukan, UA ni tak pernah hidup susah maksudnya UA dari kecil jenis berduit. Pantang tak ada simpanan. Sekali lepas kahwin simpanan UA hampir tiada UA memang stress gila babas (cinta dunia ke apa ni?). Pernah satu ketika suami kerja sendiri tapi UA bagi tekanan macam-macam (bisnesman yang berjaya daripada isteri yang sabar).. Haaa suami UA terpaksa kuburkan hasrat bisnes dan dapatlah kerja. Bila UA tak pernah hidup susah, UA tak akan biarkan diri UA akan selama-lamanya susah.. Part nilah determined untuk kembali ke zone lebih baik.. UA sangat tidak selesa zone tak ada duit. Sekarang ni nampak seperti kewangan UA agak kukuh, tapi sebenarnya ia terjadi disebabkan suami UA benarkan UA bebas sedangkan beliau terpaksa berkorban bekerja mendapat gaji setiap bulan. Memang kejam sikitlah part ni.. Lepas ni i.Allah giliran suami UA pula bekerja sendiri harap-harapnya semua baik-baik sahaja.

5) Risiko yang sedikit
UA dari dulu tak percaya kata-kata orang.. Bisnes yang tidak ada risikolah yang UA pilih. Dulu jual tudung, UA hanya pasarkan online ambil komisen tiap2 bulan tapi disebabkan orang tak nak bagi kerjasama dengan UA, UA mencari suatu bisnes yang boleh bebas perihal income nombor dua tapi BEBAS tu yang UTAMA. Tup-tup jumpalah Shaklee haaa memang tak ada risikopun buat je tanpa fikir berapa bonus ye?? walaupun awal-awal kena kutuk gila-gilalah.. 'jual banyak tapi bonus banyak ni je?' pedulikan kata-kata orang lain, yang penting perasaan sendiri bebas haha.

6) Berlakon
Part ni hanya orang terdekat sahaja tahu UA macam mana. UA tak boleh bergaul dengan orang lain berhari-hari. Orang nak datang rumah UA tak apa tapi jangan UA yang bertandang rumah orang. Dulu pernah ikut suami bertandang ke rumah saudara-mara 5 hari.. Satu feeling tak kena datang sebab tak boleh BEBAS. Sangat terikat dengan akta rumah orang lain. UA jenis kaku duk rumah orang. nak sentuh sudippun kekok sampaikan balik rumah mentua mana pernah masak.. Serius UA tak tahu buat kerja di rumah orang.. Kalau kena pergi kenduri kendara UA elakkan pergi lama-lama yang perlukan tenaga UA. Nanti menampakkan diri sangat kaku dan PEMALAS sebab salah satunya tak ada stamina. Kalau UA rasa letih UA tinggal semua kerja sebab nanti feeling tak best datang.. Meroyan kat situkan, baik stop awal-awal. Hahaha UA tak suka kenduri kahwin meriah-meriah yang perlukan tenaga luar biasa.. Buat biasa-biasa cukuplah. Kalau kenduri tak perlukan tenaga UA sila panggil, kalau perlukan tenaga, babai awal-awal. Sekarang bila anak dah 3 ni kekok kaku tu boleh ditutup sebab UA akan uruskan anak-anak jadi ada 'ALASAN' UA skip buat kerja rumah orang. Cuci pinggan kat rumah orangpun UA gigil tau. Ciri-ciri puteri lilin sangatkan? UA sebelum kahwin UA dah niatkan ciri-ciri suami UA jenis macam mana, janganlah orangnya tinggal di pedalaman dan janganlah ada ciri-ciri kekampungan kalau ada semua tu of Coz tolak awal-awal..

7) Dominan
UA tak ramai kawan sebab UA bersifat dominan. Keketuaan dari kecil lagi. UA memang ada pengikut dari zaman sekolah rendah. Tapi kalau orang tu sama-sama dominan memang tak masuklah. Kawan-kawan UA dari kecil hanya saudara mara. Orang lain memang UA pandang jeliklah terutama kalau muda-muda dah BERCENTA hahaha.. Tapi sikap ni juga makan diri.. Seni berbual-bual dan bercakap-cakap banyak ajar UA. Oh ye semasa UA intern di MARDI Sarawak zaman studi dulu UA senyap-senyap di dalam bilik tak bergaul dengan staf. Sekali kena pergi ladang Kambing pakcik apa dah namanya.. Pakcik Omar ke pesan 'orang Sarawak tak sama dengan orang semenanjung, kita kena tunduk pada mereka dan buat seperti kita orang bodoh barulah mereka akan sukakan kita. Kalau kita berlagak pandai, kita tak selamatlah kat sana'.. Lepas dapat petua tu serius UA follow dari awal intern sampai akhir intern memang semua orang suka pada UA.. Kami boleh jadi rapat. Buat sahaja seperti kita tak tahu apa-apa. Macam sekarang UA lebih banyak tunduk, sifat dominan sedikit dikurangkan. Sebab apa, orang keliling UA ialah aset UA.. UA buat dominan. hilanglah aset itu.

8) Risau
UA jenis yang cepat risau. Katakan dapat panggilan, UA tak fikir positif, UA akan risaukan kesan panggilan tu 'eh ada apa-apa berlakuke?' UA dah buat telahan awal-awal lagi. Yang ni UA tahu sebab adik-beradik bagitahu. Jenis gelabah. Apakah perkara buruk yang mendatang pada UA sekian-sekian hari? Haaaa itulah yang UA ada tapi sekarang dah banyak berubah lepas join Shaklee. Perasaan risau tak bertempat tu dah banyak hilang. Dan dalam bisnes sekalipun UA suka ikuti ABS, jangan terlalu yakin dan jangan terlalu tidak percaya. Buat dahulu baru tengok impaknya bukan risau dahulu sebelum bertindak.


8 Perkara jelah dulu ye.. hahaha nak korek cari 20 perkara tentang diri bukan senang rupanya.. Kita bab komplen diri orang lain suka sangat tapi diri sendiri entah-entah lebih dahsyat.


Oklah ye kita sambung buat kerja rumah. Sebenarnya UA risau ni apa-apa kemungkinan yang berlaku esok nak pergi kursus Tribe Marketing. Nisa' nak bawa ke nak tinggal. Nak bawa risau ganggu audien lain. tak bawa, tak ada orang nak jaga. Ni mula terasa orang tak caring ni hahaha.. Orang tak nak faham kitalah apalah bertandang dalam kepala. Tapi benda tu simple sahaja sebenarnya. Buat dulu hari ini, kita tengok sahaja esok apa yang berlaku tak perlu risau lebih-lebih sehinggakan satu apa tak jalan.

Perkara positif daripada kerisauan tak bertempat UA ni sekarang, UA buat kerja rumah tanpa berfikir ni dah kemas 1 rumah.. hahaha kalau tak risau ni belum tentu lagi UA boleh buat kerja rumah ni.. Siap update blog lagikan hehehe. Stress yang sedikit bagus untuk PUSH kita supaya keluar dari kotak selesa.. Sesekali tak selesa apa salahnya..


Ok babai






You Might Also Like

1 comments

  1. salam singgah..jemput singgah kembali :)

    http://www.rahatonazirah.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete