Pages

Thursday, September 25, 2014

8 Barang Wajib Ketika Melancong



Apabila plan untuk bercuti, tidak perlu bawa barang yang banyak. 'Quality Time' lebih utama berbanding segalanya. Berikut ialah checklist yang wajib dibawa. 

1. Power Bank 



Powerbank perlu dibawa untuk mengecaj bateri telefon bimbit anda. Lebih besar kapasiti powerbank anda lebih baik. Anda tidak perlu risau lagi telefon bimbit habis bateri terutama jika ke tempat-tempat menarik untuk bergambar. Pilihlah powerbank yang kecil dan ringan supaya sesuai dibawa ke mana-mana. 


2. Kamera digital



Kamera digital amat diperlukan untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik. Jika telefon bimbit anda mempunyai perisian foto yang cukup baik, maka kamera digital tidak diperlukan lagi. 

3. Long John atau Heattech


Jika anda melancong pada musim dingin dan sejuk, anda memerlukan long john dan heattech ini untuk memerangkap haba. Anda tidak lagi perlu membawa baju sejuk yang tebal melainkan tempat anda pergi betul-betul sejuk. Materialnya daripada cotton dan acrylic. 


4. Travel Cooker


Sangat penting jika anda seorang yang suka makan dan memudahkan jika anda melancong di negara yang sukar mendapatkan makanan halal (bagi muslim). Anda boleh memasak nasi, mi segera, merebus, membuat sup serta memasak lauk-lauk ringkas. Paling utama, duit makan sudah jimat. 

5. First Aid Kit


Tidak perlulah membawa sekotak besar, bawa yang asas sahaja.
Pastikan terdapat plaster, minyak angin dan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya. Bawa juga penyembur untuk atasi masalah kaki terseliuh.


6. Tisu Basah
Kelihatan ia agak leceh tetapi benar-benar membantu jika mahu mengelap muka dan tangan. Jika ada anak kecil, ia sangat diperlukan.

7. Travel Adapter 

Bukan semua plug sama seperti di Malaysia. Anda perlu membawa travel adapter ini supaya mudah untuk menggunakan plug

8. Toiletries




Anda tidak perlu membawa banyak, memadai berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka. Sabun dan syampu telah disediakan oleh pihak hotel


Kini, melancong menjadi lebih mudah.

Ummu Ainan berbicara..

1 comment: