Pages

Monday, September 29, 2014

ALAMI PROTON. Hari Terbuka Kilang Proton di Shah Alam. Proton Malaysia Sungguh Membanggakan.


Semalam 28 September 2014 hari terbuka besar-besaran kilang Proton di Shah Alam. Banyak betul aktiviti di sana. SIapa yang masuk kena register dan siap pakai tag lagi.. Maka kamipun buatlah tangan bergabung macam kat atas hehe ada tangan besar, kecil.


Kami parking jauh, adalah shuttle car Proton datang jemput dan tolong hantar semula semasa balik. Oh ye, masuk semalam PERCUMA tapi ilmu dan pengalaman tu memang tidak boleh dijual beli.


Shuttle Car jemput dengan Suprima, balik tak ingat dah naik apa sebab penat sangat hehe.















Gambar atas ni semuanya pameran di booth luar, belum lagi masuk kilang. UA tak tahu, punyalah excited, semua UA ambil gambar.












 Kawasan kilang. Sebenarnya kawasan ini Private & Confidential. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil gambar. Tetapi disebabkan terlalu excited mula-mula masuk kilang dan kagum melihat robot-robot sekeliling UA sempat ambil 1 gambar kemudian baru diberitahu tidak boleh ambil gambar. Bolehlah buat kenangan. Di dalam kilang, dapat lihat proses pembuatan kereta Exora daripada besi kosong macam dalam gambar tu akhirnya jadilah sebuah kereta. Sekejap sahaja prosesnya sebab awal proses 100% robot, kemudian pemasangan barulah menggunakan tenaga manusia. Fuuhh kagum lagi. Proses pembuatan nampak macam senang untuk jadi sebuah kereta tapi untuk buat kereta baru terlalu banyak R&D yang perlu dijalankan terlebih dahulu.






Ini pula gambar body Proton. Kalau ikutkan rangka di tu sangat keras sangat, tapi bila berlaku kemalangan, ia telah direka khas supaya mangsa senang keluar sendiri ataupun dibawa keluar macam tu sahaja tanpa perlu memotong rangka kereta. Memang Proton dah buat R & D khas untuk keselamatan ni dan semua aspek diambil kira. Boleh terlopng ye dengar penjelasan. hehe.

Metal rangka tu nak dijadikan sangat keras melalui pemanasan suhu yang sangat tinggi iaitu 900 darjag Celcius kemudian disejukkan dalam masa 30 saat pada suhu rendah (UA tak ingatlah berapa tapi memang rendahlah) sebab  tu jadi sangat keras.


Sekarang masuk bahagian R&D pula. Nak buat sebuah kereta tu perlukan research and development terlebih dahulu. Tak boleh asal ada idea je terus jadi sebuah kereta.


 R&D bahagian design kereta






 Ini Encik Azlan head designer Proton Iriz  




  

 Clay khas untuk model-model baru kereta Proton. Selepas design, akan dibentukkan terlebih dahulu daripada clay ini.

  Umipun nak buat clay juga 



 Contoh model clay Proton

 
 Keratan rentas Proton Iriz



Apa kaitan wajah manusia kasut, dan accesories di atas dengan design? Sebenarnya design dalaman mahupun luaran kereta diambil ilham daripada gambar-gambar di atas dan akhirnya jadilah sebuah kereta yang semakin hari semakin canggih.






 

Pemilihan Leather untuk car seat 



 Sample warn-warna kereta


 Pemilihan fabric


Model dalaman kereta 


Selfie dulu 




 Komponen-komponen di dalam enjin Proton



Ujian ketahanan tayar ke atas jalan raya yang berlekuk dan permukaan yang tidak rata





 Ujian keselamatan dilakukan ke atas pemandu, penumpang, kanak-kanak dan juga bayi

Testing kereta selama beberapa minggu untuk menguji ketahanan kereta jika digunakan di jalan raya

 Model asal Persona. Belakang model Persona terkini




 Sebenarnya banyak lagi cerita di ALAMI PROTON. hehe Dari pagi tadi belum siap entri ni. Sambung nanti ye kepada peminat Proton, selamat order Proton Iriz terbaru.


ummu Ainan berbicara...



1 comment:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete