Pages

Wednesday, September 10, 2014

Fynn Jamal - Terbang Tunduk (LIVE)

Satu petang UA duk dengar lagu-lagu Fynn Jamal. Cari siapakah empunya diri. Mula-mula cari Arjuna Beta, liriknya sangat mendalam. Lepas tu jumpa Terbang Tunduk ni pula.

Tajuk lagupun unikkan, Terbang Tunduk. Apa yang terbang? Apa pula yang tunduk? 

Ok, yang UA faham lagu ni sangat mengena pada diri UA sebab dalam hidup pada saat kita nak naik di atas ada ketikanya rasa nak give up. Ada ketikanya rasa sukar sangat. Tapi sukar itu hanga sementara kerana selepas ini akan lebih mudah. Pedulikan apa orang kata, apa orang hina apa orang kutuk, teruskan saja. 

Dah teruskan langkah tak sangka terbang tinggi dah. Tapi biarlah ia hanya diletakkan di kaki bukan di hati. Maksudnya biarlah dunia ini di bawah bukan dicari hingga melekat di dalam hati, dan janganlah Allah biarkan kita mendabik dada, bangga dengan apa yang kita peroleh. Dah terbang, biarlah Allah tundukkan kita sampai mati. 

Tengok kepada penampilan Fynn kali ni, waaahh macam cerminan penampilan UA sendiri pula hehe tudung soft awning dengan jubah hitamnya. Rupa-rupanya hitam itu menawan ye. Nampak Fynn Jamal nipun sangat sopan dan cantik hanya berpakaian ringkas begitu. 

Less is MORE. Yang ringkas itu lebih cantik. Sebelum UA membebel lebih panjang, layan Terbang Tunduk daripada Fynn Jamal. 


Terbang Tunduk - Fynn Jamal

Bertahanlah wahai raksa, 
Jangan kau terhenti, 
Berpautlah wahai nyawa, 
Ini bukan mimpi, 
Saksikan dengan mata, 
Rasakan dengan jiwa, 
Kau sedang tinggi.

Jauhnya kau terbang, 
Siapa sangka, 
Getir yang menghalang, 
Tak besar mana, 
Payah payah semalam, 
Moga Mudah Selama. 

Tiap apa yang mematah tegakmu, 
Tiap yang menolak, 
Tiap yang memijak henyak, 
Biar di belakangmu, 
Jangan dikenang moga dibuang, 
Dendam dan sayu.

Tuhan jangan Kau izin aku lupa, 
Jangan Kau biarkan aku mendepang dada, 
Pasakkan hatiku pada kaki, 
Paksakan kutunduk sehingga mati. 

Tuhan jangan Kau izin aku lupa, 
Jangan Kau biarkan aku mendepang dada, 
Pasakkan hatiku pada kaki, 
Paksakan kutunduk sehingga mati. 



*aku menulis bukan kerana nama, tapi aku menulis untuk berniaga. Kalau Fynn kata seni bukan sumber cari makan, UA pula menulis sebagai sumber cari kenalan dan sudi-sudilah jadi rakan bisnes UA ye. Semoga berjumpa lagi esok-esok i.Allah. 

Yang buruk daripada UA yang baik daripada Allah 

------
Ummu Ainan 





No comments:

Post a Comment