Pages

Sunday, September 21, 2014

Kue Teow Ladna Tidak Cukup Bahan. Pasti anda terus ke dapur membuatnya

Apabila anda teringinkan sesuatu makanan, anda tidak perlu risau bahan tidak cukup.

Apa yang anda perlukan ialah pergi ke dapur masukkan sahaja bahan yang ada. 

Itu lebih baik daripada anda termenung mahu masak apa tetapi tiada tindakan. 

UA ingin kongsikan resepi Kue Teow Ladna tidak cukup bahan ini kepada anda. 


Yang anda perlukan ialah udang, jika tiada udang, gunakan sotong, jika tiada sotong, gunakan sahaja ayam. UA hanya menggunakan udang kerana itu sahaja yang ada dan telah disiang siap tinggal untuk dimasak sahaja. 

Bahan-bahan yang UA gunakan tadi ialah; 




1) kue teow

2) kicap

3) 1 ulas bawang putih 

4) sos ikan (UA guna Squid Brand) 

5) Sos tiram adabi

6) cili padi hijau 

7) tomato. Kalau ada sayur lain boleh letak. 

8) Sedikit minyak untuk menumis

9) tepung jagung

Cara-cara membuatnya: 

1) Leraikan Kue Teow kemudian gaulkan bersama kicap. Tumis kue teow di dalam sedikit minyak. 

2) keluarkan kue teow kicap, ketuk bawang putih 1 ulas tumiskan guna minyak sedia ada. 

3) Masukkan udang gaul-gaulkan sehingga naik bau.

4) Kemudian, masukkan air, sedikit sos ikan dan sos tiram. 

5) apabila dah sebati, , bancuh sedikit tepung jagung dengan air tuangkan ke dalam kuah yang tengah mendidih. 

Masukkan tomato (jika ada sayur lain letak sahaja) sedikit cuka, cili padi hijau yang dibelah dua. 

Siap....    


----
Ummu Ainan menulis.... 

No comments:

Post a Comment