Pages

Sunday, October 5, 2014

Bila Waktu Terbaik Berhenti Kerja?? Anda Mungkin Perlukan ini.

          


Ramai wanita hari ini dibelenggu rasa bersalah atau serba salah samada mahu teruskan kerja atau berhenti demi anak-anak. 

Tetapi tahukah anda, berhenti kerja bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Boleh jadi asalnya mahu lari daripada 1 masalah, akan datang masalah bertimpa-timpa selepas berhenti kerja. 

Berikut beberapa tips daripada UA untuk anda pertimbangkan.

1) Senaraikan segala perbelanjaan bulanan anda. Jika perlu, potong mana-mana perbelanjaan yang tidak patut. 
Kalau sebelum ini suka makan di luar, mungkin anda sudah perlu praktik makan di rumah dengan memasak sendiri. 

2) Sediakan backup 3 bulan gaji anda sebelum berhenti. Di sini bermaksud, jika anda mahu mulakan perniagaan, anda harus ada simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Seeloknya biarlah ada 6 bulan gaji simpanan. Lumrah perniagaan, apabila mula berniaga tidak terus mendapat keuntungan, jadi anda harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

3) Potong semua bajet yang tidak perlu. Sekiranya anda sudah terbiasa menghabiskan duit pergi spa, atau melakukan aktiviti sosial lain, lupakan sementara sehingga perniagaan anda sudah stabil.

4) Jika ada hutang, langsaikan terlebih dahulu hutang-hutang anda sebelum berhenti kerja. 

5) atau boleh juga, anda mulakan dahulu perniagaan secara separuh masa, jika pendapatan anda sudah menyamai gaji bulanan, itu lebih baik untuk melepaskan jawatan sedia ada. 

Agak banyak persediaan yang anda harus sediakan. Dugaan kewangan akan mengeruhkan keadaan sekiranya anda tidak mampu mengawalnya. 



-----
UA sekarang, walaupun pendapatan perniagaan agak stabil, setakat ini UA sudah ada simpanan untuk setahun lebih backup. Kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini i.Allah dapat diatasi. 


Ummu Ainan menulis.... 

No comments:

Post a Comment