Resepi Empal Sapi

Empal Sapi
        

Pernah dengar nama makanan ni? Empal sapi. UA makan empal sapi ni di Restoran Wong Solo. Daging hitam tu namanya empal sapi. 

Hari ni UA try and error buat sendiri, boleh tahan, sedap dan rasa hampir sama. Sangat mudah, tak payah letak apa-apapun. 

Ok empal sapi UA ni hancur sikitlah ye sebab terlebih empuk. 


Cara memasak; 


1) Rebus daging. UA masak sup tulang, ada daging UA rebus sama. Lebihkan sebab nak keluarkan bila dah empuk nanti jadi empal sapi. 

2) masa rebus tu dah masuk rempah ratus sup, jadi semuanya dah diserap. 

3) bila daging empuk, lenyekkan daging gaul dengan kicap, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng daging kicap tadi hingga sedikit garing. 

4) angkat dan sedia untuk dihidang. Nyam nyam memang sedap dimakan dengan nasi panas dan sup tulang.


Selamat mencuba... 


Ummu Ainan menulis.......

You Might Also Like

0 comments