Resepi Jemput-jemput Kruk Krak

           
          

Nama jemput-jemput kita hari ini Jemput-jemput rangup kruk krak. Hentam sajalah labu hehehe. Ini ialah hasil rekaan, dan boleh tahan rasanya. 


         

Tengok pada adunan tepung ada biskut yang dipecahkan. Ye, masukkan semua apa yang ada di dapur anda. Jangan membazir. 

Bahan-bahannya ialah; 

1. Tepung gandum

2. Nasi sejuk (nasi tidak habis semalam) 

3. Segenggam ikan bilis 

4. Sedikit garam

5. Carrot (option)

6. Biskut (option

7. Bawang 

8. Air

Cara-cara membuatnya. 

1. Blend bahan 2,3,4,5 dan 7. Gaul dengan tepung gandum

2. Hancurkan biskut seperti di dalam gambar. Gaul. Masukkan air dan garam secukupnya. 

3. Sedia untuk digoreng dan enak dimakan panas-panas. 


        

Gambar di atas UA blend asing carrot tu. Dah goreng 1 trip tanpa carrot. Nampaknya anak-anak sukakan kedua-dua jemput samada tanpa carrot dan dengan carrot (mereka tak perasanpun UA campur carrot). Trick menjadi hehehe

You Might Also Like

1 comments