Pages

Friday, October 17, 2014

Rumah Bersepah Tidak Larat Nak Kemas? Panggil Sahaja Bibik.

          

Tajuk hari ini ada yang kena? Hehe 

Ni baru kali kedua UA panggil bibik datang kemas rumah sewa UA. Mula-mula awal-awal pindah dulu awal tahun dan inilah kali kedua. 

Ok kenapa tak panggil bibik selama ni? Sebab UA rasa UA boleh buat semua kerja rumah. Oh ye sebelum tu tahap serabut juga kalau panggil nak suruh buat apa? Hehe.. Mesti ada yang kena kan? Sebenarnya ada je kerjanya cuma kita tak tahu untuk turunkan tugas. Itu maksudnya kita belum ada ciri-ciri seorang ketua.

Seorang ketua ialah apabila dia tahu mana-mana kerja yang dia tak mampu nak buat serahkan kepada orang bawahan. Kes UA ni lepas belajar panjang tips menjadi ketua, dan selepas Revamp Routine sekarang UA tahu apa yang UA boleh serahkan tugas kepada bibik. 

Sebelum tu, masa kita tengah serabut-serabut tu senaraikan apa katak hodoh paling besar dalam hidup kita? Apa dia katak hodoh ni? 

Katak hodoh ialah suatu benda yang kita asyik duk fikir. Tapi kita tak buat juga. Alih-alih pusing kepala serabut benda sama. 

Macam UA dah boleh sebut apa kekurangan UA satu persatu. Kalau dulu tak nak mengaku juga ni haha.. Macam baguslah sangat. Hehe.. UA anti kain baju, sampah sarap, dan mengemas rumah. UA tidak ada seni rumahtangga. Cuci pingganpun tak berapa nak lulus hehe.. 

Dah tahu kelemahan, jangan cari penyelesaian terus. Tiada jalan pintas untuk berjaya ye teman-teman. 

Revamp routine. Kenali satu-satu kelemahan tu dan atasi. Kalau panggil bibik berbaloi tak untuk buat kerja-kerja kecil macam tu? 

Apabila UA dah kenal titik-titik kelemahan UA, UA buat sikit-sikit. Hari ini UA panggil bibik bukan untuk buat apa yang UA boleh buat walaupun tidak berapa nak suka buat. Contohnya basuh pinggan, cuci baju, lipat baju.. Itu bukan kerja bibik ye. UA rasa kalau upah bibik untuk buat semua tu pembaziran masa. 

Bibik perlu selesaikan sesuatu yang lebih besar yang kita tidak mampu nak buat seorang diri. 

        

Ok nampak tu? Itu salah satu kerja yang kita perlu pass. UA di dapur basuh pinggan. Semasa bibik kemas rumah, UA cuci baju, jemur-jemur. Lipat tidak sebab UA tidak lipat baju, juga tidak melonggok baju sehingga menjadi timbunan kain. Oh itu akan stress. 

         

Bibik bersihkan garaj. Yang ini UA memang tidak sempat untuk uruskan.


        

Kipas. Yang ini juga kalau seorang diri nak buat boleh tapi tak bisnes manalah UA duk buat kerja ni hehe.

Cuci tandas, lap debu-debu satu rumah. Itu sahaja. Perkara-perkara kecil yang mengambil masa panjang yang kita boleh buat jangan suruh bibik buat. 

Macam lantai, UA biasa cuci, bibik mop. Tak apalah. Kalau UA suruh cuci, masa akan dibazirkan di satu tempat sahaja. Sedangkan UA pun boleh buat.. 

Pengalaman. Lepas ni bolehlah UA panggil lagi bibik harian ni. 

Mungkin 2 minggu sekali.. 

Ingat!! Jangan suruh bibik buat apa yang kita sudah boleh buat. 


*konsep ini sama dengan konsep memiliki staf. Jangan suruh staf buat kerja yang kita boleh dan tahu buat. Kalau suruh juga, kita sedang membazirkan wang ke arah yang tidak sepatutnya. 

Bagus ejen bibik ni siap ada assessment untuk bibik yang dihantar. Kitapun puas hati.

No comments:

Post a Comment