Pages

Sunday, October 5, 2014

Saya tak segedik dalam iklan – Pengasas D’Herbs

  aliff  


















KUALA LUMPUR – Akhir-akhir ini boleh tahan juga cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada pengasas produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs),  DATUK ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN. Semua gara-gara iklan produknya di suratkhabar yang terlebih-lebih selain bapa kepada tiga anak itu sering muncul di kaca televisyen dengan gaya percakapan yang menjengkelkan.
Belum lagi ada juga seksa melihat kemunculan lelaki berusia 26 tahun itu dengan penampilan baju yang berkelipan dan berwarna-warni. Kalau baca blog-blog dan FB di internet, nama Aliff sering tidak terlepas menjadi bahan cemuhan dan kutukan orang ramai. Itulah minda masyarakat di Malaysia ini. Ada pelbagai jenis, ada yang suka mencari kesalahan orang yang telah berjaya dalam usia muda namun tidak kurang juga yang suka cara luar biasa Aliff itu.
Selain itu, anak kepada pengasas produk kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim itu turut terkena tempias apabila bergelar Datuk di usia muda. Kepada wartawan MalaysiaGazette, ARIF NIZAM ABDULLAH, Aliff tampil menjawab semua cemuhan dan kritikan terhadapnya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.
MalaysiaGazette: Datuk perasan tak ada orang yang tidak suka cara Datuk promosi produk sama ada di televesiyen atau suratkhabar?
Saya memang perasan. Perasaan saya amatlah gembira kerana sekurang-kurangnya ada orang sedar. Saya tahu banyak blog dan website yang kutuk diri saya kerana terlalu over di televisyen. Hakikatnya hanya di televisyen sahaja. Realitinya kehidupan saya biasa-biasa sahaja. Tujuan saya hanya untuk promosi produk saya. Saya muncul di zaman di mana gergasi syarikat kosmetik di luar yang sudah menakluki Malaysia. Justeru susah untuk diri saya nak pasarkan produk kerana syarikat kecil dan tida modal dan pangkat, masih muda. Untuk memberi impak yang boomkan pasaran di Malaysia, saya perlu buat satu benda yang lain. Bukan sahaja penampilan saya yang pelik, baju-baju yang bling-bling dan cara cakap saya. Itu adalah satu pakej untuk promosikan produk saya.
MalaysiaGazette: Ada juga yang kutuk Datuk kata iklan produk kurus badan yang hina kaum wanita. Iklan wanita gemuk dulu pakai tudung, suami tak nak pegang tangan. Tapi bila sudah kurus, terus buka tudung pakai skirt pendek. Apa komen Datuk?
Ye ke? Sebenarnya macam ni. Iklan tu adalah kisah benar pada seorang pengguna yang menceritakan kisah kehidupan yang dia pernah jadi wanita gemuk. Masa jumpa saya dia menangis dan pada masa sama penampilan dia saya hampir tak kenal kerana sudah kurus, seksi dan menggoda. Saya cipta iklan yang realiti dan paparkan untuk umum. Dan Alhamdulillah, feedback sangat bagus dan saya juga terima kritikan dan cemuhan daripada masyarakat. Ada orang suka dan tak suka tu adalah standard. Iklan tu bukan cerita kosong dan ia adalah realiti. Secara jujurnya wanita itu dahulunya memang pakai tudung. Kebetulan masa iklan tu dia buka tudung. Tak ada masalah sebenarnya kerana ada artis yang lagi seksi dan tak dapat kecaman. Tapi orang Malaysia ni jenis sensitif sikit. Untuk makluman, buka atau pakai tudung bukan paksaan saya. Wanita itu yang nak exposekan diri dia kerana dia persis macam selebriti yang pakai baju seksi dan menggoda. Dia seronok dan saya tak ada masalah. Janji dia seronok.
MalaysiaGazette: Iklan tu boom ke?
Memang boom. Dan dapat gossip dan komen yang banyak sampai berpuluh-puluh ribu di FB dan blog. Tapi tulah. Ada yang benci dan ada yang tak suka. Tak kurang yang mengutuk saya dan saya ucapkan terima kasih kerana masih ingat saya. Mana yang nasihat saya, Alhamdulillah saya ambil sebagai pengajaran. Saya jua mohon maaf dan berharap lepas ni dapat buat iklan lebih berpada-pada.
MalaysiaGazette: Ada yang juga yang cakap iklan produk D’Herb ni bukan betul pun. Testimonial macam berlakon saja. Sahaja buat bongkok macam sakit. Lepas minum jadi sihat. 
Iklan tu bukan direka-reka. Memang betul pun. Cuma kebetulan waktu tu emosi terlebih sikit.
MalaysiaGazette: Emosi lebih? Maksudnya?
Saya jual produk dan bila orang guna berkesan, tu yang emosi terlebih. Macam pelakon Mariani tu memang dia guna dan kita bawa dia ke tv untuk bercakap mengenai kehebatan produk kami.
MalaysiaGazette: Tapi nampak sangat macam berlakon?
Kalau orang nak judge macam tu, saya tak boleh buat apa. Benda tu subjektif.
MalaysiaGazette: Satu lagi iklan mengenai Datuk yang kata kemalangan  dan terpaksa buat pembedahan di muka. Minum produk Datuk, muka terus cantik. Iklan tu pun Nampak macam berlakon.
Awak tengok saya live ni, tengok hidung saya. Nampak tak? Memang ada parut kan? Cuma bila dalam iklan atau majalah saya pakai make up tebal, jadi cover parut tu. Sejujurnya saya memang pernah kemalangan. Cuma bila saya nak expose, saya nampak ia satu point untuk saya nak memperkenalkan diri saya. Saya bukannya artis, pelakon atau selebriti. Saya orang biasa yang tukang jual produk. Saya harap masyarakat faham yang saya nak meniaga dan kemalangan tu memang betul terjadi terhadap diri saya.
MalaysiaGazette: Jadi memang Datuk kemalangan dan pakai produk sendiri, muka jadi cantik?
Awak tengok muka saya, ada parut kan? Kalau saya buat muka, mesti tak ada parut dan hidung mancung.  Cuma bila orang jumpa saya di luar memang tak nampak kerana pakai pakai make up tebal.
MalaysiaGazette: Ada juga yang cakap Datuk ni bila keluar TV iklan produk cakap macam ‘mak nenek’. Boleh Datuk komen?
Saya nak beritahu kepada pembaca MalaysiaGazette, peminat-peminat saya, pembenci-pembenci saya yang membaca di portal Internet, saya nak bagitau saya macam mak nenek ke, joyah ke, mak nenek ke, chef wan ke, pondan ke, benda tu komen orang dan saya tak boleh tutup mulut orang. Apa yang saya nak beritahu, di luar saya bukanlah seperti di kaca tv yang bercakap non-stop. Untuk makluman semua, sekali keluar di Waita Hari Ini tu saya bayar RM25,000 campur rakaman RM5,000. Semua RM30,000 untuk enam minit. Saya bercakap tiap-tiap minggu, belum saya keluar lagi Nona, Selamat Pagi Malaysia, belum lagi keluar suratkhbar Harian Metro.
Kalau saya cakap lambat-lambat, saya rugi, duit saya habis, produk saya tak laku, siapa nak jawab? Orang mengutuk saya macam mak nenek saya akui. Cuma orang kena faham situasi saya. Kalau saya lambat, memang tak ada kesan daripada penonton. Sebelum ni saya keluar di tv dua tahun lepas, saya jadi begitu maskulin, Islamik. Boleh tengok di youtube. Masa tu waktu iklan lama dan cakap lambat tapi kesan kurang. Tapi bila saya jadi macam makcik-makcik penonton suka. Jadi saya kena ikut kehendak penonton. Yang suka dan benci, dua-dua saya minta maaf.
MalaysiaGazette: Ada juga yang cakap Datuk ni gila glamor. Iklan kt TV, suratkhabar dan majalah asyik letak muka Datuk sendiri?
Gila glamor atau tidak, saya dah buat D’Herb ni dah dekat empat tahun. Tapi saya baru expose dalam masa dua tahun kebelakangan ni. Kalau cakap saya gila glamor mesti saya ke depan dulu, baru promosi produk. Ini saya muncul selepas dua tahun produk keluar. Sebab saya tak nak orang cakap saya muncul berlandaskan rupa paras dan diri saya. Saya bukan nak jual diri, saya nak jual produk. Saya ke hadapan semuanya kerana produk. Tak ada pula saya gila glamor sampai pose berangan terbaring atas katil. Itu memang pelik la. Saya pose kerana produk saya. Jadi orang kata saya gila glamor, saya rasa semua orang suka glamor.
Tipulah, cuma orang lain tak dapat publisiti murahan. Saya kebetulan kenal ramai wartawan, dapatlah banyak publisiti. Sebelum buat bisnes ini, saya ada buat modelling. Saya banyak masuk pertandingan Mr. Malaysia, Mr. Ummph, masuk Harian Metro, URS, jadi ramai kenal wartawan dan dapat percuma write-up. Tu yang orang nampak saya gila glamor. Dah orang nak buat cerita saya, nak buat macam mana. Kesimpulannya, saya baru sahaja expose lepas bisnes dah dekat empat tahun di pasaran. Tahun depan lagi banyak saya akan ke hadapan dan lagi ramailah orang cakap saya memang gila glamor.
MalaysiaGazette: Ada juga yang pertikai gelaran Datuk terima tu. Muda-muda dah dapat Datuk.
Pasal gelaran Datuk atau bukan Datuk, saya tidak kisah. Yang penting saya dapat pingat yang betul. Saya dapat pengiktirafan, saya jumpa Sultan, saya dah selamat. Jadi umur muda ke apa, saya tak nak tahu. Yang penting saya dapat secara sah dan diitiraf. Jadi saya tak ada masalah dengan gelaran Datuk. Nak panggil saya apa pun taka apa. Syukri ke, abang ke, adik ke,  nak panggil Datuk atau tak, saya tak kisah pun. Yang penting benda tu beri imej yang baik ke syarikat saya. Kadang-kadang saya berurusan dengan Kementerian, orang besar-besar dan saya perlu guna gelaran tu. Sebenarnya saya terlalu muda untuk berada dalam bisnes sekarang ini. Ramai pengusaha produk kecantikan sudah berusia dan saya masih baharu. Baru umur 25 tahun dan saya dapat Datuk ketika usia 23 nak masuk 24 tahun. Dan saya juga sudah menunaikan fardu haji. Jadi gelaran tak ada masalah. Mana tahu kalau tahun depan saya dapat gelaran Doktor pula? Yang penting tepuk dada tanya selera.
MalaysiaGazette: Jadi orang boleh panggil Datuk dengan nama Syukri pun boleh?
Nak panggil Syukri ke, makcik ke, mak jemah ke, saya tak kisah. Kalau di blog-blog kata saya suka beli barang berjenama, barang tiruan, jual diri padahal anak sudah tiga, sebenarnya saya tak mahu jadi macam tu. Tapi keadaan yang memaksa saya jadi macam ni. Kalau orang kenal saya secara realiti, saya mungkin tak segedik macam tu, lagi pun yang orang tengok tu adalah untuk iklan produk. Yang mana suka tengok saya, boleh tengok.Yang tak suka tengok saya, jangan tengok. Saya beli siaran tu, bukan dapat percuma.
MalaysiaGazette: Ada lagi dakwaan kata D’Herb ni produk kampung. Tak boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Datuk nak komen apa?
Saya akui lah D’Herb ni produk kampung, untuk pasar malam, kedai jamu. Tapi memang saya sasarkan untuk market medium class. Sebab itu saya rasa tak ada masalah masuk massy market, bukan international market. Saya sedar diri. Saya memang tidak mensasarkan high-end market. Jadi kalau orang cakap  produk kampung, tak apa. Tapi ada juga golongan VIP yang guna produk saya. Malah produk saya juga telah masuk pasaran Singapura, Brunei, Indonesia dan kini nak masuk ke negara Arab pula. Volume barang saya keluar memang cukup banyak. Kalau tidak, tak kan saya mampu beli iklan Harian Metro hari-hari, Wanita Hari Ini tiap-tiap minggu. Nona lagi. Billboard pun saya dah masuk. Jadi saya boleh survive dengan medium class. Sebenarnya, ramai pengasas komestik mereka suka berangan. Nak attack high-end, tapi golongan ini tak beli produk tempatan. Mereka beli Clinique, Shiseido, Lancome dan sebagainya. Macam saya memang sasarkan untuk mereka perpendapatan gaji rendah dan pertengahan.
MalaysiaGazette: Ada juga orang cakap, Datuk bolehlah buat bisnes kosmetik pasal ada ibu yang kaya dan buat juga bisnes kecantikan ni.
Sebenarnya terus-terus dan jujurnya, saya buat bisnes D’Herb tak guna seposen duit keluarga dan bank. Kalau ada orang boleh buktikan saya ada buat pinjaman bank atau pakai duit keluarga, saya boleh bagi duit RM10 juta kepada mereka. Bisnes saya adalah hak milik saya seratus peratus dan tak ada kena mengena dengan orang luar. Saya bermula dari bawah dan ada gambar saya menjual di pasar tani, rumah ke rumah, bank ke bank.
Sebenarnya senang tak datang bergolek, susah tak datang melayang. Kita kena usaha sendiri dan percayalah, penghinaan itu akan mencabar diri saya untuk menjadi lebih kuat. Kadang-kadang kalau kita hidup dalam kepompong yang sama, kita tak akan pergi jauh. Saya menganggap setiap cabaran, kritikan dan penghinaan sebagai semangat untuk saya. Biarpun orang mencerca saya dari pelbagai sudut, satu Malaysia kutuk saya, bagi saya benda itu yang membuat saya berada di tempat sekarang. Kalau orang tak kutuk saya, orang tak kenal saya. Jadi kalau orang nak kutuk, saya tidak kisah pasal saya tahu siapa diri saya. Mereka yang kutuk saya tak akan jadi kudis buat saya. Malah saya lebih semangat untuk berjaya dalam bidang ni dan mara ke hadapan.
MalaysiaGazette: Soalan akhir, apa nasihat Datuk kepada mereka yang masih bersangka buruk atau mengutuk Datuk?
Saya tetap sayang dengan orang yang mengutuk saya. Bagi pengguna D’Herb pula, saya ucap terima kasih kerana sudi beli produk saya. Bagi yang kutuk atau hina saya, depan atau belakang, saya maafkan.  Adatlah dalam bisnes ni, tak semua orang akan suka kita. Tapi satu saja, mengutuk boleh tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai cerita dalam kelambu saya pun orang nak bercerita, saya tak halalkan lah. Nak kata saya macam makcik-makcik, benda tu dah biasa bagi saya. Sekali lagi saya nak tekankan apa yang saya buat adalah kerana faktor iklan dan kos. Orang tak faham apa yang berlaku.
Budak mentah yang baru nak meniaga, tak tahu selok-belok nak upgrade diri sendiri. Lepas ni saya akan gunakan iklan yang lebih professional dan konsep lebih semulajadi. Saya pun nak minta maaf kepada semua orang yang melayari portal MalaysiaGazette ni yang kebetulan beri peluang untuk saya buat penjelasan, saya nak maklum apa yang anda tengok di televisyen, baju berkelipan macam M. Daud Kilau, hakikatnya saya taklah macam tu. Kehidupan saya macam budak remaja lain, pakai jeans, pakai t-shirt, datang pejabat pakai kemeja.Saya adalah orang biasa. Tak ada baju saya lip-lap lip-lap hari-hari dan bercakap macam makcik-makcik, realiti saya bukan macam tu. Saya adalah orang biasa-biasa sahaja dan macam remaja di luar. Cuma saya sibuk dengan bisnes saya, saya ada spa, ada 12 cawangan, ada kilang sendiri, jadi tak masa nak ambil tahu hal-hal luar agar perniagaan saya tidak jatuh. Bagi saya untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu sentiasa positif dan tolak ke tepi segala penghinaan. Tak payah nak fikir sangat orang kutuk atau hina kita, mesti tak akan berjaya dan jadilah diri kita sendiri. — MalaysiaGazette

3 comments:

  1. Akk cuma x suka bila dia kepit suara dia....
    iklan terbaru dia yg pakai baju arab tu ok je.... kikikiki

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: [email protected]

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: [email protected] atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: [email protected] Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete
  3. Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: ([email protected]) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: ([email protected])) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.

    Detail Kontak Penuh:

    Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
    Email: {[email protected]}
    BBM INVITES: {D8980E0B}
                           : {4424AA}
    Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
    Website: {iskandarlestari.wordpress.com}

               TESTIMONI OLEH
    Penerima Manfaat: Angga Annisa
       Email: {[email protected]}

    ReplyDelete