Shaklee Labur RM1 juta Bantu 2000 Keluarga Jaga Kesihatan

    

Ok ni berita daripada Shaklee Cares yang UA pergi semalam. Gambar UA pun ada di situ hehe. Orang penting Shakleelah katakan. 

Selamat membaca. 

PETALING JAYA - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee) menyalurkan bantuan berjumlah RM1juta dalam bentuk minuman nutrisi kepada 2000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan MyKasih. 
    Ia menerusi program Shaklee Cares For Our Children yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat. 

    Presiden Shaklee, Victor Lim berkata, matlamat penganjuran program bersama Yayasan MyKasih itu menekankan pentingnya pengambilan nutrisi dalam kanak-kanak tempatan untuk meningkatkan kesihatan mereka. 
    
    "Kami komited membantu memberi sumbangan dan pada masa sama mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program kemasyarakatan kami. 

    "Nutrisi sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. 

    "Oleh itu, kerjasama dengan pihak yayasan dalam memastikan kanak-kanak ini sentiasa sihat melalui program bantuan makanan ini," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran pengumuman kolaborasi dengan Yayasan MyKasih bagi penganjuran program Shaklee Cares for Our Children di sini semalam.

You Might Also Like

0 comments