Pages

Thursday, November 6, 2014

1 Hari 1 Buku. Ada Berani??


Koleksi buku yang UA baru beli. Tengok buki memang seronok. Tapi bila nak bacanya? Haaa bab baca buku ni lepas UA belajar cara cepat baca buku sangat seronok beli buku. Sebabnya semua buku tu akan dibaca. 

UA target 1 hari 1 buku.. UA ada belajar teknik cepat membaca buku.
Baca tanpa menyebut bunyi. Sedarkah kita bahawa kita terbawa-bawa membaca buku dengan bunyi yang kuat. 

Seolah-olah kita mendengar semua perkataan di telinga walaupun kita membaca tanpa menyebutnya. Teknik cepat membaca, kita membaca tanpa bunyi malah kita dapat semua info di dalam buku tanpa tertinggal satupun. 

Makin laju dan cepat faham makin suka kita baca bukukan? 

          

Buku pertama yang UA baca semalam. Walaupun dalam bahasa Indonesia tetapi UA dapat fahaminya dan segala imfo yang disampaikan sangat jelas. Buku ini menerangkan kenapa kita semua kena kaya. Di dalam al-Quran sendiri tiada menyebut samada Allah memberi kekayaan atau kemiskinan. Tetapi Allah menyebut samada kekayaan ataupun kecukupan. 

Tiada sedikitpun disebut supaya menjadi miskin. Yang memilih menjadi miskin bukan taqdir kita atau nasib. Tetapi diri sendiri yang memilih untuk terus menjadi miskin. 

Kita hanya boleh memilih samada menjadi kaya atau kaya raya? 

Pilihan hanya dua di atas. Bagaimana untuk menjadi kaya? Pilihan di tangan sendiri. Peluang terlalu banyak di hadapan mata. Tinggal kita untuk beramal dan bertindak. 

Ok, review 1 buku dulu. Nantikan buku-buku seterusnya untuk UA keluarkan isinya sedikit demi sedikit. 



1 comment:

  1. Salam perkenalan...suka dengan Dr Azizan Osman punya buku..best...

    ReplyDelete