Pages

Tuesday, November 4, 2014

Anda Tidak Perlu Menguli Lama untuk Hasilkan Donut Gebu. Saksikan ini.

 

Acara kanak-kanak petang ini. Dalam pinggan nampak 3 biji sahajakan? 

UA buat banyak, satu besen doh.. Sekejap sahaja sudah licin. Tidak sampai 1 minit 3 biji itu habis, ditambah 3 lagi dan lagi berkali-kali. 

UA dapat resepi donut mudah, gebu baru-baru ini. 

Bahan-bahannya:

1) Tepung gandum ( UA guna tepung paling murah, Cap Bunga Ros Tanpa Pemutih) dalam 300-400g (agak-agak) 

2) Gula lebih kurang 3 sudu (UA tuang sahaja agak-agak 3 sudu hehe)

3) 1 sudu kecil garam

4) 1/2 paket yis (mauripan) 

5) Air secukupnya (air mesti lebih) 

6) minyak masak (lebih kurang 3 sudu)

Cara-caranya ialah;

Gaul semua bahan di atas, tambah air sehingga doh lembik melekat (haaa nilah petuanya hehe). Nak donut gebu lembut doh kena lembik tak boleh keras. Gaul-gaul rata uli sekejap sahaja (untuk bagi bahan sekata). Letak dalam bekas dan ditutup. 

        

Lebih kurang macam nilah adunannya. Siap uli dah ye.. Masa untuk tutup. 

Biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda kemudian tiba masa untuk bulat-bulatkan doh. 

Oh ye yang ni UA tidak sempat ambil gambar. 

Doh agak lembik, sediakan sedikit minyak masak di dalam bekas berbeza. Sapukan semua alatan (talam) untuk letakkan doh dengan minyak. Sapukan tangan anda dengan minyak supaya doh tidak melekat di tangan. 

Bentukkan bulat. Biar seketika semasa hendak menggoreng lubangkan sahaja donut dengan ibu jari. Siap untuk digoreng. 

Hasilnya seperti gambar atas sekali. Donut yang sangat gebu. Berebut-rebut anak kandung dan anak saudara UA.

       

Yang ni ini namanya Soleha. Makan slow motion temankan tokki. Tetapi makan banyak. Hehe. Siap ada gula untuk dicicah. 

Hasil akhirnya ini... 


        

Tiada satupun yang tertinggal. Gula donat UA minta suami UA mesinkan guna blender kering. Zzzzzzzzrrrr siap gulanya. 

Bahan-bahan donut ni murah dan mudah. Jimat, perut kenyang, makan sepuas-puasnya.


Selamat mencuba. 





No comments:

Post a Comment