Pages

Tuesday, November 4, 2014

Apabila Kanak-kanak Berjumpa, Apa yang Harus Anda Lakukan?

Mula-mula mestilah cari idea apa nak masak dan bagaimana cara makan paling mudah supaya anda tidak penat untuk mengemasnya. 


Ini yang UA lakukan. Makan beramai-ramai dalam talam. UA masak lauk ringkas sahaja, bayam masak lemak dan ikan goreng. Kanak-kanak memang suka. 

UA pun tumpang makan sekali bersama mereka. Makan berjemaahlah katakan. 

Cara memasak sayur lemak bayam. Bahan-bahannya;

1) sayur bayam pink dan hijau

2) bawang merah

3) ikan rebus (ambil isinya)

4) santan

5) garam secukup rasa

Tumbuk bahan 2 dan 3 masukkan air dan santan, kacau sentiasa semasa memasak supaya tidak pecah santan. Apabila sudah mendidih dan sayur sudah masak,  bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas

No comments:

Post a Comment