Pages

Monday, November 24, 2014

Gulai Kawah Daging Tanpa Santan, Ringkas, Mudah, Cepat. Anda Pasti Teruja

Gulai kawah daging tanpa santan.
          

Gambar di atas ialah gulai kawah daging UA buat tanpa santan. Nak buat resepi ni kena korbankan sikit duit. Belilah Pressure Cooker ye puan-puan. PC UA murah sahaja RM99 jenama Butterfly masak atas dapur. Kalau tidak guna PC ni nanti tidak jadi gulai kawah pula sebab tiada santankan. 

Fungsi PC untuk lembutkan daging, dalam masa sama lumat dan hancurkan semua bahan, jadi kuah akan jadi pekat tanpa letak santan.


Bahan-bahannya ialah;

1) Daging 1/2KG (UA beli daging import sahaja, ambil bahagian yang banyak urat tu baru sedap) 

2) Tulang 1/2KG

3) 2 ulas bawang besar merah (tak tahulah UA apa namanya) 

4) 2 ulas bawang putih

5) Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang 2, pelaga 2, cengkih 7) 

6) cili kisar 2 sudu besar

7) rempah Kerutuk

8) tomato 1 biji

9) garam secukup rasa

10) gula secukup rasa

11) kerisik 1 paket (UA beli yang 80sen tu) 

12) minyak 

13) Halia 1.5cm

14) Kunyit hidup 1/2cm

15) Kentang 1-2 biji ( Kentang ni akan hancur buat kuah pekat)

Cara-cara membuatnya: 

1) tumis bahan 2,3,4,5. Bawang-bawang tu potong slice sahaja nanti akhir sekali semua bahan akan hancur.

2) masukkan daging, kerisik, dan bahan-bahan lain. Masukkan air secukupnya tutup Pressure Cooker selama 30-40minit ikut suka nak daging empuk takat mana. (Belilah ye PC ni, pelaburan.. Masak senang, sedap, tak perlupun jadi chef hehe). Apabila daging masak, bahagian urat jadi sangat lembut, sedap, tak ada dah liat-liat tu.

3) tadaaa siap. Air pastikan cukup sebab semasa pressure cooker tu ditutup kita tidak tahu kering ke, hangitke.. Jadi letak air lebih tak apa nanti dah buka penutup baru keringkan air manually, kacau sampai pekat. 

Itu sahajalah. Tanpa santan, lazat memikat. 

Nota: yang sebenarnya, gambar tu gambar kerutuk haha. Gulai daging buat semalam. Alaaa dah habis gulainya tak sempat ambil gambarpun. Resepinya sama sahaja dengan kerutuk tetapi hanya perlu tambah kentang. Rempahpun guna rempah kerutuk sebab rempah kerutuk tu yang buat rasa macam gulai kawah. Perrgggh sedap buat cicah roti.

Selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment