Pages

Sunday, November 2, 2014

Kacang Pool Lazat di Bandar Baru Uda


Anda pernah makan Kacang Pool ni? UA sebenarnya baru juga tahu dan dengar nama. Apa bendalah ni nama kacang-kacang lepas tu dalam kuah ada telur pula tu. Makan cicah roti je? Haiiihhh.. 


Pagi tadi UA nak rasa juga, UA tanyalah staf Butik Tudung Alya Sarah memang orang JB  apa rasanya. 

Cara staf describe cukup untuk buat UA terliur untuk merasa. 

Kuahnya daripada kacang (UA tengok macam kacang soya), ada daging hancur, bawang, lada benggala, bawang, asam limau dan sebiji telur. Perrgghh ia betul-betul mengancam. 

UA pun pergilah dengan Widad dan Nisa. Belum apa-apa lagi dah tumpah air Nisa' kerjakan hahaha.. Kesian orang kedai. 

Tapi bila makan kacang pool tu.. Memang sedap, sehingga menjilat jari. Cukup rasa masin, masam, manisnya. 

Roti tidak cukup, tambah lagi sekeping roti tebal tu. Lembut sahaja rotinya. 

Selesai makan UA balik semula ke Butik Alya Sarah. Maklumlah betul-betul depan butik. Jalan kaki seberang jalan sahaja. 


Pandangan kedai Chupchai (dari dalam Butik Alya Sarah). Kanan ada Siti Khadijah, kiri Rama-Rama. 

       
Ini pula Butik Tudung Alya Sarah milik keluarga UA. 

Kawasan Bandar Baru Uda yang baru buka ni sangat strategik happening sepanjang masa. Siapa yang singgah tempat ni memang khas untuk shopping. 

Bukti? 2 minggu lepas semasa Family Day keluarga UA di JB singgahlah Butik Alya Sarah, tudung- tudung belum ada harga dan kedai belum buka. Disebabkan kami melawat, dan pintu kedai dibuka, orang masuk bertalu-talu. Sampaikan bagitahu 'kami belum buka'. 

Apabila dah ramai sangat masuk mereka mahu beli. Maka manager Alya Sarah KB memainkan peranan jual sahaja tudung-tudung di butik kerana hanya beliau yanv tahu dan ingat semua harga tudung. 

Alhamdulillah rezeki betul beli premis di BBU ni. 

Eh kisah kacang pool? Haha 

Ainan yang lapar, sebab tidak ikut UA pada mulanya meminta-minta makan. UA bawa Ainan pergi semula ke kedai Cupchai. Lagi sekali kacang pool. 

Hehehehe berbaloi lawatan ke JB kali ni. All in one. 

Kelas Shaklee Permata JDT. Suami UA setelkan urusan di Butik Alya Sarah BBU JB. 

Bagi anda warga JB, Singapore dan kawasan sekitar, bolehlah singgah ke Butik Tudung Alya Sarah dan menikmati kacang pool lazat CupChai. 

2 comments: