Pages

Tuesday, November 11, 2014

Kenali Ciri-Ciri Autisme. Kalau Ada di Kalangan Keluarga Kita,Cepat-Cepat Jumpa Pakar.



Anda pernah dengar Autisme? Selama ini UA hanya mendengar biasa-biasa tidak pernah ambil tahu lanjut. Sekarang UA baca buku khas autisme. Kenali ciri-ciri dan rawatan untuk anak ini. 

Dapatkan rawatan doktor seawal mungkin jika mempunyai tanda-tanda Autisme.



      


Apa itu Autisme? 

Dalam bahasa mudah autisme merujuk beberapa gangguan pertumbuhan yang memberi kesan kepada otak, khususnya kepada kemahiran berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. 

Mereka seolah-olah berada dalam dunia sendiri. Tahap kritikal autisme adalah berbeza-beza. 

Sesetengah penghidap autisme mempunyai kebolehan bercakap dan tahap intelektual yang tinggi, ada juga di antara mereka yang mempunyai nilai kognitif yang rendah dan kelewatan bertutur atau langsung tidak bercakap. 

UA sendiri pernah membuat tanda tanya sendiri teehadap seorang anak kenalan. Pernah suatu hari UA sampaikan hasrat ini kepada suami, katanya 'jangan fikir bukan-bukan'. 

Semalam selepas UA baca buku Autisme di atas seperti merungkai persolan yang selama ini bermain di fikiran. UA imbau kembali kes anak itu dan menunjukkan ciri-ciri positif autisme. 

Anak itu lambat bercakap, mengulang-ulang percakapan kita dan gemar menyusun barang atau objek dalam satu barisan. 

Semoga tulisan UA kali ini mampu membuka mata lebih ramai ibu bapa di luar sana tentang Autisme. Langkah awal rawatan terhadap anak autisme mampu merawat mereka dan hidup normal malah boleh jadi lebih hebat daripada manusia normal. 

           

Gambar ini menunjukkan beberapa ciri Autistik.

            

Dari segi masalah komunikasi,

1) Tiada atau lambat untuk bertindak balas apabila namanya dipanggil.

2) Tiada atau lambat menunjukkan isyarat kepada orang lain.

3) Berdekut atau berceloteh pada usia setahun tetapi seterusnya Berhenti melakukannya. 

4) Perkembangan bahasa yang lambat.

5) Belajar berkomunikasi menggunakan gambar atau bahasa isyarat sendiri.

6) Bercakap menggunakan perkataan tunggal dan mengulangi ayat yang sama serta tidak dapat menggabungkan perkataan dalam satu ayat lebgkap.

7) Menggunakan perkataan yang kedengaran ganjil, tidak sesuai pada tempatnya, atau perkataan yang mempunyai makna khas yang hanya diketahui oleh kanak-kanak yang biasa menggunakannya. 

Tingkah laku berulang dan sterotaip

Antara tingkah laku sterotaip yang biasa dilihat dalam kalangan kanak-kanak autisme termasuklah: 

1) Mengepak tangan berulang kali

2) Suka menggoyangkan badan ke hadapan dan ke belakang.

3) Berjalan berjingkit.

4) Menggerakkan jari mereka di depan muka yang kelihatan seperti isyarat. 

5) Suka bermain dengan objek bergerak atau bahagian objek, seperti roda pada kereta bergerak. 

6) Menyusun mainan dengan cara tertentu berbanding dengan bermain untuk jangka masa yang lama.

7) Terlalu obses dengan sesuatu perkara dan mempelajari semua perkara tentangnya seperti lori, jadual keretapi atau rumah api. 


8) Biasanya kanak-kanak ini gemar menyusun barang dalam satu barisan. 


           


Semoga sedikit info tentang Autisme daripada UA ini membantu ibu bapa sekalian. 

Kalau anak ada menunjukkan ciri-ciri di atas, bawa jumpa pakar kanak-kanak dan jalani terapi untuk mereka.


No comments:

Post a Comment