Mintalah Apa Sahaja Tanpa Terlalu Meminta-minta.


Ketika anda meminta sesuatu kepada Allah, mintalah tanpa terlalu meminta. 

Dengan kata lain, ikuti senario Anti-Meminta. 

Ketika meminta perbanyakkan hal-hal lain selain meminta. Diulangi, ketika meminta perbanyak hal-hal lain selain meminta. 

• perbanyak syukur, bukan perbanyak meminta.

• perbanyak tawakkal, bukan perbanyak meminta.

• perbanyak istighfar, bukan perbanyak meminta.

• perbanyak doa untuk orang lain, bukan perbanyak doa untuk diri sendiri.

• dimulai dengan memberi, bukan dimulai dengan meminta.

• diawali dengan solat taubat bukan diawali dengan solat hajat. 

• tetaplah meminta tetapi awalilah dengan perbanyakkan hal-hal lain. 

Bagaimana kalau banyak meminta? Bolehkah? Sudah tentu boleh tetapi lebih banyaklah syukur, tawakkal dan lain-lain. 

Gratitude is a great attitude. 



Sama juga sesama manusia. Sebelum mahu orang ikut kita, apa kita sudah bagi pada orang? Apa kita sudah beri hari ini?
Apa nilai yang sudah kita tambah ke dalam hidup orang lain? 

Sebelum bertanya, kenapa mereka tidak mahu ikut kata-kata aku? Kenapa?? Mengapa?? Berilah tanpa mengharapkan balasan. Kemudian serahlah sepenuhnya kepada Tuhan, Allah yang Maha Memberi. 


Petikan info daripada buku Percepatan Rezeki. 

Mintalah apa sahaja tanpa terlalu meminta-minta.. 


You Might Also Like

0 comments