Pages

Saturday, November 8, 2014

Miracle Happen When We Believe. Hakikat Keajaiban Sebenar Yang PastiMembuka Mata Anda Semua.


 



Apa yang anda tanamkan dalam kepala tentang keajaiban?

Mesti sesuatu yang luar biasakan? Seperti duit turun dari langit. Atau boleh jadi seperti ini: 

• anda alami kerugian ratusan ribu tiba-tiba mendapat keuntungan setiap jam.

• Hutang keliling pinggang bernilai ratusan ribu, tiba-tiba hutang langsai sekelip mata. 

• sakit kronik berbulan-bulan tiba-tiba sembuh sehari (dengan ubat ajaib) 

• terselamat dalam kemalangan maut 

• didiagnos mandul tiba-tiba dapat anak.


Apabila berlaku kejadian-kejadian seperti di atas barulah kita mahu anggap sebagai keajaiban. 

TETAPI bayangkan sebaliknya:

• ketika anda tidak pernah kerugian ratusan ribu.

• Ketika anda tidak pernah berhutang jutaan ringgit.

• ketika anda tidak pernah alami sakit kronik.

• ketika anda tidak pernah terlibat dalam kemalangan maut. 

• ketika anda tidak pernah didiagnos mandul. 

Sebenarnya itulah keajaiban yang sedang kita lalui. 


• Kita tidak perlu tunggu rugi baru nak bersyukur

• kita tidak perlu tunggu ada hutang baru nak bersyukur

• kita tidak perlu tunggu kemalangan maut baru hendak bersyukur

• kita tidak perlu didiagnos mandul baru hendak bersyukur

• kita tidak perlu alami perkara pelik-pelik baru hendak bersyukur. 

Sebenarnya setiap saat setiap detik setiap ketika kita sedang melalui saat-saat ajaib di dalam hidup. 

Makin kita bersyukur makin banyak nikmat yang bakal diperoleh. 

-Maka nikmat manakah yang engkau dustakan?-

Sebelum dapatkan yang lebih besar. Syukuri dahulu apa yang ada. 

p/s: info di atas dipetik dan diolah daripada buku Percepatan Rezeki 

No comments:

Post a Comment