Tadaaaaa.. Sarapan berat pagi ni.
UA on diet tapi kenapa berani makan nasi pagi-pagi ni?
Nak tahu tak? Hehehehe berhari-hari UA workout buat Squats kesannya lemak-lemak degil di sekeliling pinggang dan perut hampir tiada.
Bolehlah makan macam RAJA (Breakfast Like A King) gitu...
Tapi tapi tapi.. Anda tidak boleh ikut sewenang-wenangnya. UA sudah tahu kalori masuk dan kalori keluar. Mana yang UA kurangkan UA elakkan.
Malam ni UA mahu Zumba pula. Ikut kelaslah. Kalau buat sendiri memang tidak terbuat.
Resepi Kerutuk Tanpa Santan di atas ialah:
1) Daging 800gram (ambil bahagian yang banyak urat baru sedap)
2) 2 ketul bawang merah (yang besar tu)
3) bawang putih 2 ulas
4) rempah sekawan (sedikit kulit kayu manis, 7 biji cengkih, 2 biji pelaga, 2 kuntum bunga lawang)
5) 1 paket kecil kerisik
6) 2 sudu besar cili kisar
7) 1 biji tomato
8) garam
9) gula
10) minyak
11) 1/2 paket rempah kerutuk adabi
12) 1 cm halia hiris halus
13) sedikit kunyit hiris halus
14) air secukupnya
Cara-caranya:
1) Tumis bawang putih, bawang merah, rempah sekawan sehingga naik bau dan sedikit layu
2) masukkan cili merah, rempah kerutuk dan kerisik. Kacau sehingga sebati.
3) masukkan daging, tomato, gula dan garam.
4) masukkan air secukupnya untuk dibiarkan di dalam pressure cooker selama 30-40 minit.
5) apabila dibuka, tadaaaa siap kerutuknya.. Bawang tomato semua hancur. Kuah jadi pekat.
Makan dengan acar timun, sambal belacan dan sedikit ikan kering. Terangkat.
Resepi acar timun:
1) Timun
2) carrot
3) bawang besar
4) cili besar
5) cuka
6) gula
7) garam
Gaul semua bahan dan siap.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment