Snek Anak-anak Berkhasiat dan Menjadikan Otak Cerdas.

         
Apa nama kacang ni ye, kacang kuda ke.. Pertama kali UA makan masa mal ayah pergi Haji tahun 1996. Banyak ayah bawa balik sebab kacang ni murah. Setiap kali pergi Umrah ayah mesti belikan kacang ni 1kg. Makan puas-puas. Sekarang giliran UA pula bagi anak-anak kacang ni. Pagi tadi kawan datang rumah, cerita pasal Mahnaz Food tempat borong makanan Timur Tengah. UA pergi sendiri.. Lerrrr dekat sangat dengan rumah UA ni. Jarak asal 1.7KM sahaja. Tapi bila jadi jalan jadilah 5.7KM. 

Nampak kekacang yang banyak waaahhh rasa berpinar mata macam nampak harta karun hehe. Tapi sayang, duit dalam purse ada RM27 sahaja. Beli apa yang UA mahu beli sahaja. 


        
Ini kacang Postachio @ kacang cerdik. Puas Ainan makan. Tak habis lagi dah tak nak. Biasa beli di Mesra Petronas tu mesti berebut-berebut. Kali ni haaa makan puas-puas. Banyak lagi kacang lain nanti UA beli lagi.

          

Inilah pasar borongnya. UA tidak borong, UA beli untuk makan sahaja. Harga runcit biasalah. Tapi runcitpun tetap murah daripada kedai-kedai biasa. 

          

Banyak pilihan, selain kekacang pelbagai lagilah. Minyak segala jenis minyak, madu, herba. 

        

Cuka juga pelbagai jenis cuka ada. Kurma, badam, aprikot, buah-buah kering. Adoooiii meleleh air liur. 

        

Jus pula pelbagai jus. Tanpa gula lagi. PURE. 

         

Roti oh roti. Ini roti Arablah.. Arablah.. 
Sudah lama UA cari ni.. Boleh makan dengan kari ayam.. Nyum.. Nyum.. 

Nak anak-anak bijak? Jangan bagi jajan, bagi snek berkhasiat ini je. Badampun bagus. Walnut khas untuk IQ.

Ibu pandai memilih makanan, anak-anak bijak. 





You Might Also Like

2 comments

  1. jus mango tu nampak sedap...huhuhu...tiba2 terliur plak

    ReplyDelete
  2. Sedap.. Tapi ada gulalah hehe tertukar dengan Pomengranate.. Yang tu pure 100% tanpa gula tambahan..

    ReplyDelete