Pages

Sunday, December 14, 2014

ANDA INGINKAN FINANCIAL FREEDOM? IKUT INI.



Apa yang anda buat terhadap pendapatan anda? Baru-baru ini kami kumpulan Shaklee berbincang-bincang tentang financial freedom ni. 'Mak' Shaklee saya sebut pasal 6 tabung ni. Untuk capai kebebasan kewangan kita perlukan 6 tabung ni. 

Selama ni saya ikut suka hati menabung. Ala-ala 'ada aku kisah?' Hehe. Yang penting target simpanan tercapai. 

Apa yang saya belajar sebelum ini ialah, kalau ada buat apa-apa komitmen pastikan kita ada sekurang-kurangnya 6 bulan ke 1 tahun bajet untuk bayar. 

Contoh, beli kereta yang instalment RM2000 sebulan, kita perlu simpan sekurang-kurangnya 1 tahun bayaran kereta tu jadi RM24,000. 

Sama juga jika hendak memulakan perniagaan, sebelum terlibat menyewa premis pastikan sudah ada sekurang-kurangnya 1 tahun bajet sewa. Kerana apa? Jika kita menyewa premis dengan membuat loan, kita sudah mempertaruh wang yang belum ada untuk sewa premis, bahaya ia sangat bahaya. 90% bisnes akan gagal untuk kali pertama dalam tempoh 3 tahun. Kebanyakannya tutup kerana sudah tidak mampu membayar sewa premis, hutang pula semakin bertambah. 

Saya bisnes dari rumah, jana pendapatan dari rumah 'tiada premis', adakah saya tidak perlu sediakan persiapan 1 tahun sewa premis? Untuk peniaga online dan bisnes dari rumah, rumah adalah premis perniagaan kita dan kita harus bertanggungjawab terhadap sewa rumah atau bayaran rumah setiap bulan. 

Saya sendiri belum beli rumah sebabnya terlalu banyak kisah-kisah tragis skim cepat kaya dan tidak kurang juga pengamal MLM yang pada awalnya masyuk dan bermewah-mewah akhirnya diisytiharkan muflis hanya kerana hutang keliling pinggang. Ini tidak dapat saya bayangkan, minta dijauhkan dan saya tidak berani untuk membuat komitmen membeli rumah buat masa ini. Biarlah orang kata 'daripada bayar sewa baiklah beli, kesudahannya jadi rumah sendiri'. Kalau dulu kata-kata itu mungkin ada benarnya tapi sekarang harga rumah alaaahai, macam tidak logik untuk dimiliki. Sebab inilah saya belum bersedia untuk membeli rumah. Ada juga orang tanya, 'nak beli cashke?'.. Tidak juga. Daripada bayar cash baik guna duit untuk pusing-pusing. Memang rumah yang dibayar cash secara automatik menjadi aset tetapi tanpa lebihan di tangan, adakah berbaloi untuk membuat sebegitu. 

Katakan anda beli rumah RM1juta secara cash, duit di tangan cukup-cukup sahaja adakah anda seorang jutawan? 

Jutawan bukanlah bermakna anda memiliki harta sebanyak 1Juta, tetapi keupayaan anda untuk memilih gaya hidup yang anda mahu samada untuk bermewah-mewah mahupun hidup biasa bermotor kapcai, itulah jutawan. 

Tetapi jika anda ada aset rumah bernilai 1 juta tetapi anda tidak mampu memilih gaya hidup yang anda mahu, anda bukan jutawan. 

Sebagai contoh, saya ada kenalan dirinya tiada hutang, hutang rumah tidak ada tetapi wang RM20,000 pun tidak ada. Sampailah beliau tidak mampu untuk membayar deposit bisnes. (Beliau ambil barang orang untuk dijual). Nampak tak? Walaupun ada aset sebuah rumah tetapi tidak mampu membuat sesuatu ia bukan jutawan. 

Cash yang banyak sangat perlu, saya ada target sekian-sekian simpanan (bukan simpan saja-saja tetapi ada target tersendiri) sehinggalah sampai ke jumlah target barulah saya mahu ikut 6 tabung di atas. 

Ingat!!!! 

3 tahun pertama ialah tempoh survive sesebuah perniagaan, jadi dalam tempoh ini ikat perut, ikat perut, ikat perut. Tangguh segala kemahuan. Simpan cash sebanyak-banyaknya supaya kita dapat survive. Tempoh ini juga kurang rewardnya dan kena bagitahu keluarga bisnes dalam ambang survival belum boleh meraikan kejayaan atau apa sahaja. 



Apabila target sudah capai, bolehlah kita mulakan dengan 6 tabung di atas. 

Daripada 100% sumber pendapatan 55% untuk keperluan. Bayar premis, sewa, kereta, bil dan segala ansuran yang ada tidak boleh lebih 55% daripada jumlah pendapatan. 

Kemudian 10% untuk akaun Financial Freedom. Tabung ini ialah tabung untuk kita lupakan sama sekali. Katakan setiap bulan ada simpan RM800 setahun sudah RM9600, jadi lupakan jumlah ini masukkan ke saluran yang kita boleh lupa contohnya pelaburan saham, UA sudah ada Unit Trust memang lupakan jumlah itu. Jadi lepas ni kena konsisten mungkin boleh simpan FFA untuk beli aset properties. 

INGAT!!!

Rumah yang kita beli untuk kita tinggal BUKAN ASET, tetapi liabiliti iaitu rumah bank di mana kita yang kena keluarkan duit sendiri untuk membayarnya. 
Rumah aset apabila bukan kita yang membayar rumah itu. Jika rumah itu disewakan kemudian ada lebihan daripada sewa ia dinamakan pasif income. 

Kalau nak beli rumah, kena cek sewa bulanan, adakah berbaloi rumah itu dibeli. Katakan rumah teres RM400,000, nilai sewaan rumah di kawasan itu hanya RM1000. Jangan beli rumah tersebut kerana ia masih liabiliti. Tidak berbaloi dibeli. 

Aset kebiasaannya rumah tinggi bukan rumah atas tanah. Rumah tinggi harga belian lebih murah berbanding sewa bulanan. Rumah flat RM80,000 instalmen lebih kurang RM400, sewa RM800, ya di sinilah namanya ASET terbentuk malah mendapat pasif income daripada rumah itu. Nampak dah??? 

Kemudian Play 10%, yang ini bajet untuk kita dan anak-anak keluar berjalanke peruntukan untuk family (ingat, belanja ini harus dipotong selagi mana dalam proses survival, jika tidak, tak sempat nak play anda kiok dulu). 

Education 10%, menurut mak Shaklee UA ni education ni bukan untuk anak-anak tapi diri sendiri, berapa peruntukan kita untuk penambahan nilai diri? Menambah nilai dalam hidup sangat penting. Kalau surirumah, adakah kita mahu jadi surirumah selamanya? Ooohhh tidak, UA surirumah tetapi UA tidak sanggup diam-diam sahaja melalui jam-jam dan hari yang sama tanpa menambah nilai dalam diri. Setiap hari mesti ada perubahan yang dilakukan. 
Setiap hari mesti menambah ilmu. Dalam Shaklee UA senang, banyak training yang Shaklee buat, UA pergi sahaja. 

Long Term Saving For Spending 10%, yang ini simpanan untuk tabungan biasa. Biasanya boleh simpan dalam Tabung Haji, ASB atau mana-mana akaun yang kita suka. UA pilih Tabung Haji kerana setiap tahun akan ada dividen yang agak tinggi dan zakat telah dikeluarkan pihak Tabung Haji siap-siap jadi duit kita bersih di situ. Tinggal kutip dividen sahajalah. ASB juga tinggi dividen, yang ini anda boleh pilih samada untuk membuat simpanan atau tidak, majlis fatwa kata harus, tetapi menurut Dr Zaharuddin, portion ke badan tidak halal agak tinggi atau dengan kata lain Tidak Patuh Syariah. Wallahu'alam. Yang ini ikut ijtihad masing-masinglah ye. Terpulang kepada anda. 

Kemudian Give 5%, give ni termasuklah zakat dan sedekah. Biasanya zakat 2.5%, untuk melindungi harta daripada bencana atau kerugian, sedekah untuk menyuburkan harta. 

Kalau harta kita seperti ada sahaja yang tidak cukup, dan ada sahaja bencana melibatkan kewangan dan kerugian benda paling utama yang kena cek yang inilah. Duit kita yang telah di keluarkan untuk zakat dan sedekah tidak pernah habis, duit inilah yang subur berkembang menjadi hak kita mutlak terutama pada saat kita sudah tiada. Yang kita simoan belum tentu lagi milik kita. 

Haaa kang lepas ni semua sedekah duit tiap-tiap bulan hehe janganlah begitu sekali, adalah bahagian-bahagiannya. Kalau mahu tambah % sedekah lebih bagus, kurangkan bahagian-bahagian lain seperti Play dan education. 

Itu sahajalah tips pengurusan kewangan setakat ini ye. Saya akan update daru semasa ke semasa untuk anda jadikan panduan. 

No comments:

Post a Comment