Pages

Sunday, December 14, 2014

BAHANA SELUAR KETAT UNTUK WANITA





Obses untuk menampilkan imej langsing dan berkaki panjang, ramai wanita yang selesa memilih seluar yang melekap di bahagian tubuh ini. Tanya pada diri anda adakah berbaloi untuk kelihtan

bergaya dan trendy sekiranya faktor keselesaan diketepikan dan lebih teruk lagi sehingga ia memicu kepada pelbagai masalah kesihatan dan mengundang masalah terhadap organ intim kewanitaan?


Undang YIS & Bakteria
Buat para wanita yang mempunyai kegemaran berseluar ketat, tidak kira jean mahupun legging, ketahuilah bahawa keadaan ini mampu mengurangkan pengaliran udara ke kawasan organ genital anda. 

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan meningkatkan tahap kelembapan di sekitar daerah tersebut seterusnya menjadi kawasan 'perumahan' yang paling meriah untuk pelbagai yis, bakteria, virus dan parasit untuk membiak.


Selain itu ia membuatkan wanita terdedah kepada jangkitan kulat, jangkitan air kencing dan merangsang masalah ketidakupayaan menahan pembuangan air kencing. Masalah kulat ini jika dibiarkan lama-kelamaan dikhuatiri menyebabkan masalah yang lebih serius pula.

Jelas Dr. Raja Shaharul, ketiadaan udara hanya mendedahkan pemakainya kepada jangkitan kuman yang boleh mengundang kepada bau busuk seperti keputihan yang melampau dan kegatalan yang pastinya mengganggu keselesaan seseorang.

   "Sepatutnya, seluar jenis longgar potongannya dan fabrik yang selesa begitu digalakkan bagi mengelak wanita daripada wanita berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit berkaitan organ keintiman. Bagi wanita yang mengenakan seluar ketat, ia boleh menjejaskan imbangan kelembapan membuatkan bahagian itu menjadi lebih kering atau lebih lembab. 

   "Ini secara tidak langsung mempaengaruhi pembiakan flora dan fauna pada bahagian itu seperti peningkatan kuman atau kulat. Perlu diketahui bahawa kuman sangat suka dengan suasana lembab dan dalam  keadaan tersebut ia tumbuh subur. 

   "Jika menggunakan seluar ketat secara automatik daerah lipatannya akan menjadi lembab apalagi jika dipakai seharian dan itulah salah satu yang menjadi munculnya keputihan yang keterlaluan", tegas beliau lagi. 

Bahayakan rahim?

Menurut sebuah buku yang ditulis Al-Istanbuli (2006), ketika seorang perempuan memakai pakaian ketat, maka pada musim sejuk pakaian itu tidak akan menjaga suhu tubuhnya daripada serangan musim sejuk. Akibatnya hal ini akan membahayakan keadaan rahim seseorang. Dalam buku itu turut menyebut bahawa peredaran pembuluh darah juga akan terganggu, sehingga turut mempengaruhi kesakitan pada tulang punggung.


Sumber: iSIHAT

No comments:

Post a Comment