Pages

Thursday, December 4, 2014

DAGING SALAI MASAK KICAP MEMBUKA SELERA



 Hari ini UA masak daging salai masak kicap. 3 beradik makan sampai 4 pinggan. Bagaimana mahu salai daging tu ye? Beli daging yang siap disalai atau salai sendiri?

Untuk pengetahuan anda, harga daging yang siap disalai 2 kali ganda daripada daging biasa. Kalau daging RM20/kg, daging salai RM40. Banyaknya beza. Apa kata kita cuba salai sendiri? Lebih sedap dan lebih lazat.


Gambar ini UA telah potong siap daging, panaskan pemanggang, hamparkan aluminium foil (pemanggang UA guna ni yang biasa, murah sahaja, jadi ada karat-karat sikit. Aluminium foil sebagai lapik)





Kemudian balut keseluruhan daging dengan aluminium foil tadi.


Apabila sudah masak, beginilah rupanya. Daging itu UA hiris nipis lagi sebelum dimasak. Semalam UA buat daging salai masak lomak cili api rebung. Caranya juga seperti ini menyalainya, kemudian masak lemak cili api seperti biasa. Gambarnya UA tidak ambil pula, licin lauknya.

Untuk daging salai masak kicap UA ambil gambarnya.

Cara membuat daging masak kicap, bahan-bahannya ialah:

1) Daging salai

2) bawang merah besar 1 1/2 biji

3) Bawang putih 2 ulas

4) Sedikit lada hitam

5) Kicap manis

6) 1 sudu cili kisar

7) Sos cili

8) Sedikit cuka

9) Seasoning (gula dan garam secukup rasa)

10) 1 biji tomato

Cara-cara memasaknya ialah:

Tumbuk 2,3,4 dan tumis bersama-sama cili kisar, kemudian masukkaan kicap, sos cili. Masukkan bawang hirisan dan akhir sekali masukkan cuka dan tambah seasoning. Siap untuk dihidang. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas.


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment