Pages

Friday, December 19, 2014

HASIL TANAMAN DI KEBUN SEKANGKANG KERA


Pagi ini hati saya berbunga girang apabila tengok cili memerah semakin banyak, sebenarnya anak-anak yang terlebih excited nak petik cili. Alang-alang cili dipetik sayapun petik sekali kangkung. Bukan itu sahaja, daun sup sekali. Walaupun kangkungya kurus tetapi sudah boleh dituai. Saya ambil sikit sahaja sebab kononnya nak letak dalam mee goreng. Sekali cari punya cari, mee tidak ada, bihun apatah lagi ohooohoi.

Tepungpun ada sedikit, tengok-tengok cukuplah untuk buat jemput-jemput bilis tu. Maka terjadilah transformasi 


 Tepung, kangkung dan daun sup dihiris, ikan bilis dan garam secukup rasa




 Tuang air panas mendidih ke dalam adunan, kacau rata. 


Inilah hasilnya. Sedap dimakan dengan pencicah yang Siam tu.
Cili yang banyak tadi buat jeruk cili. Cuka, garam dan gula. Siap.

Nampak tak? Hanya tindakan kecil akan memberi hasil luar biasa. Sebenarnya sudah lama saya mahu berbudi kepada tanah tetapi disebabkan minda sendiri yang menghalang, maka hasrat hanya tinggal angan-angan. Suatu hari saya selalu tengok post 'anak' Shaklee pasal tanaman. Teringinnya. Saya minta dia share pasal cara menanam, aihh menunggu punya menunggu tak share juga. Disebabkan keinginan membuak-buak ada 'anak' lain share post pasal tanaman juga. Bermula dari situlah saya tekad mencuba nasib dengan menanam kangkung dan daun sup nilah. Itupun lebihan daripada masakan. Hanya sedikit tindakan sahaja. Proses menanampun tidak sampai 10 minit. Korek korek korek cucuk cucuk, hari-hari siram (tidak sampai 5 minit). Tetapi hasilnya cukup manis. 

Begitu juga dengan kehidupan kita ni, setakat impian, hasrat tidak akan ke mana, apabila kita bertindak 50% hasil sudah pasti. Kalau tiada usaha 100% pasti tiada hasil. Dengan hanya perubahan yang sedikit, konsisten setiap hari pasti akan ada perubahan besar dalam kehidupan kita. 

PERCAYALAH......



-Tuan Nurul Ain-

No comments:

Post a Comment