Wednesday, January 14, 2015

BERBALOIKAH MEMBAYAR TUNAI KERETA?


Ini cerita tentang Axia. Cerita ini daripada cerita saya sendiri. Harga Axia Standard Auto dalam RM30K++. Deposit 10%, baki ada lagi RM29,800.


Sifir membeli kereta. Untuk insan yang berniaga macam saya ni, 

'Jangan beli kereta kalau anda tidak mampu bayar cash' 


Ooohhh ini cerita, tahun kedua saya dengan Shaklee ada sebuah kereta saya beli tetapi atas nama suami. Terus terang kereta itu saya masih belum mampu untuk bayar Cash. Kalau adapun hanya separuh harga kereta. Sejak menggunakan kereta itu dan tahu sigir peniaga, saya tidak lagi menambah liabiliti. 


Sehinggalah sekarang, niat membeli Axia bukan sebagai liabiliti tetapi mahu menjadikannya aset. 

Apakah liabiliti dan aset? 

Liabiliti ialah jika kita sendiri yang membayar loan setiap bulan kepada bank termasuklah rumah yang kita beli dan tinggal sendiri. Tetapi apabila rumah atau kereta yang kita beli itu orang lain yang bayarkan, automatik menjadi aset. Ok dah faham? 

Berbaloikah membayar kereta secara TUNAI? 

Cuba lihat nilai kereta setiap tahun, adakah nilainya semakin bertambah atau semakin menyusut? Jika rumah, nilainya saban tahun semakin bertambah. Tetapi kereta semakin menyusut. 

Jika saya ada RM29,800 saya simpan duit ini di dalam Tabung Haji katakan setahun dividen 8%, jumlah dividen yang bakal saya dapat tahun hadapan ialah RM2000++. 

Manakala jika saya membayar tunai kereta Axia tadi, nilai RM29,800 itu menyusut. Interest kereta 3.05%, bayaran RM352 sebulan jika saya simpan RM29,800 ini selama 9 tahun tanpa mengambil dividen malah disimpan semula. Berapa yang akan saya dapat? 

Manakala selepas 9 tahun apabila kereta ini dibayar tunai berapa nilai kereta itu nanti? 

Jika kereta ini dijadikan aset pula, anggaran kasar saya andaikan RM1000 sebulan. Bayar loan RM352, tolak servis RM100, berapa baki keuntungan? Saya masih dapat RM500++ sebulan malah simpanan saya langsung tidak diusik. 

Cerita dengan pegawai bank yang menghubungi saya petang tadi, betul-betul mendatangkan 'hangin' satu badan hehe. Bermacam-macam permintaan dan pertanyaan daripada pihak bank hanya kerana saya tiada rekod loan. Nama saya sangat bersih. Tetapi rekod bank setiap bulan bonus Shaklee masuk tidak pernah miss sejak hampir 3 tahun. Rekod ini bukan rekod biasa malah rekod luar biasa mengalahkan makan gaji. 

Apabila 'hangin' itu datang, mahu sahaja saya membayar Axia itu TUNAI. Tetapi atas pertimbangan yang waras (sebab saya telan B-Complex hari ini supaya sentiasa bertindak rasional) saya teruskan hasrat dengan membuat pinjaman terhadap Axia ini. 

Semoga perkongsian ini mampu membuka mata kalian apabila mahu membayar kereta tunai. 

Tetapi jika duit anda terlalu banyak, tunailah yang terbaik. 

Nota: jangan beli kereta jika anda tidak punya wang sama banyak dengan nilai kereta itu. 

-Tuan Nurul Ain- 
Pengedar bebas Shaklee

1 comment:

  1. Bagus2.. sy ni dlm dilema jugak nk beli cash atau pinjaman.. info ni sgt bgus.. so, sy buat pinjaman la.. duit leh jadikan duit tmbah dlm interest..

    ReplyDelete