Pages

Saturday, January 3, 2015

NAK BISKUT ORANG BANJIR...

           

'Umi... Nak biskut orang banjir.. Cicah dengan Reevo' 


Hehehe.. Biskut Lee ni saya bagitahu anak-anak, 'orang banjir makan ni je tau.. Kesian diorang tak ada makanan'.. 


Jadi lekat pula 'biskut orang banjir'. Saya beli biskut ni sebab murah. Satu tin baru RM7++. Kemudian di dalam tin ada paket-paket 3 keping sepaket. 

Rasanya sedap memang sesuailah buat cicah air panas. Saya buat cicah Reevo. Nyum.. Nyum.. Biskut ini tidak terlalu berminyak macam Hup Seng dan tidak terlalu keras (susah nak lembut) macam Jacob's. Yang sedang-sedang saja. Sesuailah untuk kami yang suka mengunyah ni.. 

Sekian cerita biskut banjir. 

*sebenarnya kami buat persiapan stok makanan di rumah hari tu. Entahlah macam tak mampu gambarkan keadaan mangsa banjir di Kelantan, dengan tiada makanan, minuman, apatah lagi mahu bermewah-mewah. 

Semalam misi bantuan daripada IPP (Unit Amal) kawasan Kelana Jaya turun ke Kelantan. Kali ini saya hanya mampu memandang, membuat kutipan kewangan sikit. Selebihnya suami yang turun. 

-Tuan Nurul Ain- 


No comments:

Post a Comment