Pages

Monday, February 16, 2015

ARRRRRGGGHHH SURIRUMAHPUN STRESS??

Akulah bibik itu
Anda bekerja dari rumah? Agak-agak stress atau tidak apabila perlu buat semua kerja sendirian? 

Mana mahu mengemas, mana mahu menjaga anak, mana mahu masak, mana mahu menghadap internet, mana mahu jadi guru anak-anak, mana mahu jadi ustazah anak-anak. 

Kalau tidak kena cara boleh depressed. Percaya? Percayalah... Hehe. 


Wanita, walau sehebat mana kerjayanya jauh di sudut hati kalau tidak dapat melakukan sendiri kerja-kerja rumah akan terasa kesal, tidak menjalankan tanggungjawab dan berasa hina dan tersisihnya diri ini. Hebatlah macam manapun akan ada terdetik perasaan itu. Anda alami? Kalau tidak, maksudnya bukan wanita sejatilah tu hehe. 

Pada saat kerja-kerja rumah bertimbun, otak kita akan menjadi sarat dan lelah akhirnya satu apapun tidak berjalan. Wanita akan sibuk memikirkan kerja-kerjanya satu demi satu, tetapi tidak dapat lakukannya. Akhirnya memencilkan diri sendiri daripada orang sekeliling termasuklah menjauh daripada suami sendiri. Pernah alami?? Hehehe.. 

Saat itu wanita akan merasakan tiada siapa yang memahaminya termasuklah suaminya. Hati semakin sedih kerja makin bertimbun. Stress di mana-mana sahaja. 

Pada saat ini, buang semua ke tepi. Kosongkan minda. Cari masa anda sendiri. Keluarlah ke mana sahaja sendiri mengubat luka lara hati. Ambil masa beberapa hari sebelum memulakan kembali tugas-tugas anda. 


'Anak-anak? Saya surirumah, anak-anak 24 jam dengan saya, mana mungkin saya akan ada masa sendiri' 

Berbincang bersama-sama dengan pasangan masing-masing, jika stress berlanjutan, anda akan mengalami depresi, kemurungan ketara malah lebih teruk tekanan jiwa. 


Bebaskan... Bebaskan... Bebaskan... 


Keluar mencari diri, diamlah seketika menghadap Ilahi dan bertafakurlah mohon sesungguhnya anda perlukan pertolongan Dia kerana anda tidak kuat. Anda lemah sebagai manusia. 


Selepas anda sudah dapat kekuatan kembali, fikirkan semula kerja-kerja rumah. Buat sedikit-sedikit akhirnya selesai semuanya. Maka pada saat itu anda tidak perlulah melakukan kerja sama setiap hari. 


-REVAMPKAN HIDUPMU- 


Tiada lagi stress dalam hidup anda. Kerja rumah selesai, masak-masak. Bolehlah buat bisnes dan baca buku senang hati. 

No comments:

Post a Comment