Pages

Monday, February 23, 2015

BALIK KAMPUNG... OO OOO OOO BALIK KAMPUNG...

Tahun Baru Cina yang lepas betul-betul kami manfaatkan. USJ-KT-Besut-KT-USJ.


 
Sate ikan


Sate ikan


Hari pertama cuti kami di Kuala Terengganu ziarah pantai Teluk Ketapang, belakang epot Gong Badak. Niat asal mahu tengok kapal terbang tetapi bayang kapal terbangpun tidak muncul. 

Lalu Pantai nampak sate ikan.. "sate ikaaannn.. Naaakkk".. Saya 1 plastik suami 1 plastik. Puas hati makan hehe tapi saya tidak habispun. Selera sahaja naga. 




Bahagia betul si kecil Nisa' menikmati pemandangan pantai ini. Pantai Teluk Ketapang tidak bersih sangat. Untuk jalan-jalan bolehlah. Tetapi untuk nikmati betul-betul pemandangan, ada satu pantai yang tidak boleh lawan di hati saya, pantai itu tempat saya membesar. 

 Sukanya berada di tepi pantai


 Mahu main pasir tetapi pasirnya agak kasar dan tidak bersih. Dalam perjalanan ke pantai, ada tahi lembu merata-rata.

 Walauapapun ini kenangan pertama untuk Widad dan Nisa' bermain air. Lagi satu pantai ini tidak sesuai untuk mandi. Airnya sangat dalam dan ombaknya kuat.

 Pemandangan awan sangat cantik

Sudah lama tidak bergambar berdua. Sesekali ambil peluang.



 Hari kedua di Kuala Terengganu. Masih lagi bersiar ambil angin di Pantai Teluk Ketapang. Hari sebelumnya Ainan tidak mahu ikut. Kononnya jual mahal hehehe sekali macam-macam cerita daripada Widad, hari kedua Ainan yang eksaited.

"Kakak... Tadi adik gi main air manis.."

"Air masinlah dik"

Ainan tersengih-sengih jeles. 


 Tidak sabar mahu terjun ke laut bermain air.


Cuaca sedikit gelap waktu itu. Apapun anak-anak tetap gembira. Memandang ciptaan Tuhan benar-benar membuat hati gembira.


Hari ketiga surprise ada barbecue di Besut. Walaupun hanya di bawah garaj, tetapi seronoknya luar biasa.

 Pengalaman indah ini bukan selalu dapat diulang. Sesekali 7 beradik berkumpul serentak. 

 Kereta banyak sudah macam kenduri. Padahal hanya 7 orang adik-beradik dan kereta ayah sahaja. 




 Walau hujan emas di negeri orang, negeri sendiri dan tempat membesar tetap cantik. Pantai Air Tawar ini bukan pantai peranginan. Kami sekeluarga dari kecil membesar di sini. Tidak akan pergi ke pantai lain hatta Pantai Bukit Keluang untuk mandi. Pantai ini sebaris dengan rumah pusaka Tokki Tokwan kami malah sekarang rumah itu telah menjadi rumah ayah saudara kami bernama Ayoh Ali dan kami namakan tempat ini Pantai Ayoh Ali.

 Pantainya sangat bersih, belum ada pencemaran, pasirnya sangat halus, lautnya sesuai bermandi-manda.

Nisa' memandang sahaja remaja itu mandi dia mahu terkam. 'andi..andi..' Tengok, motorsikalpun boleh sampai di tepi pantai.
Waktu ini, angin sangat kuat, orang tidak ada. Hanya kelibat orang lain jauh di kawasan lain. 

 Duduk sebentar, keluarga abang saya pula datang tempat sama. Akhirnya anak-anak kecil ini semuanya mandi pantai.

 Nisa' main pasir.


 Berlari-lari gembira





Nota: Kualiti cuti bukan bergantung kepada panjangnya percutian, tetapi bagaimana kita mengisi setiap masa terluang. Walaupun hanya 3 hari percutian kali ini, ia sungguh bermakna buat saya kerana sudah lama kami sekeluarga tidak pulang ke kampung bersama-sama. Biasanya hanya saya dan anak-anak sahaja pulang dengan kapal terbang kerana suami tiada cuti. Berbeza, apabila ada suami di sisi, percutian lebih manis dan bererti.

No comments:

Post a Comment