Pages

Monday, February 16, 2015

SAMBAL UDANG DAN PUCUK UBI LEMAK CILI API.





Anda sudah makan tengah hari? Apa menu pilihan hari ini? Saya teringin udang sambal petai tapi petai tidak ada, sambal udang biasa sahajalah. 

Sayur pula pucuk paku masak lemak cili api. Yang inipun teringin, gabungan dua lauk ini sangat sesuai. Kalau makan di kedaipun mesti gabungkan dengan dua lauk ini. Sambal dengan masak lemak cili api. 

Saya kongsikan resepi sambal udang simple saya ni terlebih dahulu. 


1) cili kering kisar
2) bawang merah besar (blend)
3) bawang putih (blend)
4) asam jawa
5) gula 
6) garam
7) 1 hiris nipis halia

Cara-cara memasaknya: 
  
Tumis bahan 1)-3) sehingga pecah minyak kemudian masukkan bahan 4)-6). Setelah sambal masak masukkan udang sebentar. Siap untuk dihidang.

Sekarang, masak lemak cili api pucuk paku pula. Bahan-bahannya:

1) Bawang merah
2) cili api 10 biji (saya pakai cili warna hijau) 
3) Santan 
4) serai
5) asam keping
6) Kunyit hidup
7) segenggam bilis 
8) Pucuk paku
9) garam

Cara-cara memasaknya:

1) blend atau tumbuk bawang, cili dan kunyit. 
2) gaulkan santan dan semua bahan tumbuk/blend tadi
3) panaskan kuah lemak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau (untuk elakkan santan pecah minyak). Ketuk serai dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali ikan bilis. 

4) setelah sedikit mendidih dan agak-agak bilis sudah masak masukkan pucuk paku dan kacau lagi sehingga masak. Siap untuk dihidang. 

Nota: saya dalam proses merajinkan diri memasak dan mempelbagaikan menu. Jadi tidaklah menu sama sahaja setiap hari dan minggu. 

Selamat mencuba... 

No comments:

Post a Comment