Pages

Wednesday, February 25, 2015

TIPS MENABUNG DARI KECIL

[Bagaimana Umi ajar anak-anak tentang duit] 




   







Dari kiri beg Nisa'(baru sahaja sekejap isytihar, beg pemberian mentor Umi PM Cery) sebab ada duit nenek bagi umi simpan).

Tengah beg Widad (Coach Ori tu, dia buat harta dia).

Kanan, beg Ainan.. Beg Bali yang ni ada sentimental value. 'Anak' Shaklee bagi ni kakYusdiana Binti Yahya. Mula-mula dapat Ainan terus isytihar itu begnya.

Dalam ketiga-tiga beg, Beg Bali paling banyak duit. Ainan konsisten tidak berbelanja di sekolah umi masukkan RM2 setiap hari. Suka dia.

Balik kampung hari tu nenek pesan kena bagi juga duit untuk Ainan nanti dia terpandang-pandang kawannya. Hehe Umi tahu perasaan ini.. (Kising-kising muko sedih, biasa budak-budakkan)..

Sebelum putuskan bekalan duit, umi sudah fahamkan bagaimana duit Ainan boleh jadi banyak dengan tidak berbelanja. Ainan senyum setiap kali umi bagi penerangan. Minggu lepas umi masukkan RM50 ke dalam akaun setiap anak, dan kemas kini akaun.

Pagi Isnin baru ini umi bentangkan buku akaun Ainan.

'Kakak, tengok ni.. Sikit jah lagi nok 5 ribu.. Kakak sipe duit sekejap jah ni 5 ribu..' Apa lagi tersengih-sengihlah dia.

Abah turun tangga waktu itu melihat kami

'Pagi-pagi hari caro ko pitih doh' hahahaha..

Nota: mulai Isnin baru-baru ini umi bagi Ainan RM1. Setiap kali balik sekolah umi tanya, 'mana duit?'..

Ainan dengan bangganya membuktikan dia tidak berbelanja.. Syabas....

'Habis tu bila kakak boleh shopping' - Ainan pernah tanya.

'Duit simpan ni bukan untuk Shopping.. Kakak simpan nanti dah besar kakak nak masuk U bayar guna duit sendirilah'

'Hehehe.. Oooo.. Yelah.. Yelah'

Widad pula.

'Umi.. Bakpo duit adik sikit?'

'Doh adik tokgi sekoloh. Umi tokwilah'

'Oooo yelah yelah.. Nati adik gi sekoloh bila adik sembuh'

*UA buat sendiri teori menabung ini menggunakan teori Rich Dad Poor Dad. Ada duit bukan untuk dibelanja.

No comments:

Post a Comment