TRAIN THE TRAINER MODULE 2

Sabtu dan Ahad lepas iaitu pada 7 & 8 Februari 2015, Shaklee mengadakan Train The Trainer Module 2 maka kompletelah pembelajaran untuk menjadi mini nutritionist Shaklee. Pembelajaran 2 sesi iaitu TTT 1 pada November dan TTT 2 pada Februari. Bagi melengkapi kursus selama 4 hari ini pada hari Ahad lepas kami perlu menduduki satu peperiksaan yang menentukan samada kami layak digelar mini nutritionist atau tidak.

Train The Trainer kali ini di dewan besar bertempat di Holiday Villa, Subang


Wefie dengan 'mak' Shaklee saya, Master Dila Roslan. Nampak ok sahaja sempaty wefie tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Berdebarnya Masya-Allah. Tidak senang duduk. Semua anak ditinggal dengan abah mereka.


Hari sebelum TTT diberitahu akan berlangsung Oral Presentatiom. Aduuuh memulas perut sepanjang hari. Makan tengah hari di hotel sudah tidak lalu walaupun menunya berjenis-jenis. 


Ini maklumat berkenaan exam esok.


Peserta tengah beratur untuk mencabut tajuk presentation keesokan hari. Ia berkenaan produk-produk Shaklee. Saya dapat B-Complex. Fuuuh lega. Tetapi masih belum lega. Balik rumah prektislah.


Beratur mengambil nota slide pembentangan untuk esok.


Sesi petang suami saya hantar si kenit ini yang mahu menyusu. 


2 beradik lagi abahnya bawa makan ke Fish Manhattan di Subang Parade. Oklah, kalau umi ada mesti tidak dapar pergi sebab saya tidak suka Fish Manhattan ni. Pergi kalau orang belanja sahaja hehe. 


Amboi menu Ainan. Baru sahaja saya kata tidak suka, tetapi melihat menu ini macam terliur pula. 

Keesokan harinya, seawal jam 7 pagi anak-anak mengadu lapar. Mahu makan nasi, saya sempat masak, dan siap masak sempat lagi bersenam naik basikal pusing taman untuk hilangkan debaran dan menyihatkan jantung. Sakit juga dada saya ni kalau dah berdebar tu. 

 Betul-betul macam exam di universiti. Tiada soalan bocor. Siapa yang membuat ulangkaji nota TTT module 1 bolehlah jawab. Semuanya ada 80 soalan, saya mungkin dapat dalam 70++ i.Allah.


Sesi membalas dendam setelah penat stess dan berhempas pulas menjawab soalan dan oral presentation
Makan 3 jenis kuih sahaja. Mahu tambah lagi tapi perut terlalu penuh. 


 Sesi petang belajar pasal journal. Journal ini berkaitan kajian yang dibuat ke atas suplemen Shaklee


Sebuah universiti berusahasama dengan Shaklee untuk menjalankan kajian terhadap keberkesanan dan perbezaan suplemen Shaklee terhadap pengguna. 


  
Selesai sudah sesi Train The Trainer Februari 2015. 

 
Ini pula 'anak' Shaklee saya wakil daripada kumpulan Sinar Jutawan, Puan Umee Suziana.


Setelah hampir 3 tahun saya mengkaji tentang Shaklee dan saya mahu tahu sangat tentang journal-journal yang dikeluarkan khas untuk Shaklee akhirnya, impian tercapai. Tiada lagi sangsi terhadap produk suplemen PERTAMA DUNIA ini. 

Kini saya bukan Pengedar Shaklee tetapi Mini Nutritionist anda dan konsultan terlatih Shaklee. Ingin dapatkan khidmat konsultasi percuma? Sertai Permata Jutawan bersama saya dan empayar saya. 



Sekian, jumpa lagi TTT yang akan datang. Boleh jadi andalah individu seterusnya. 




You Might Also Like

0 comments