Pages

Tuesday, February 17, 2015

TUALA WANITA SELAMAT, MURAH, 100% KAPAS


Pureen Maternity Pads



Sekarang boleh dikatakan trend back to nature kembali. Kalau dulu-dulu keluarga saya ni keluarga yang dah ke belakang @ berjimat cermat termasuklah pembelian tuala wanita.




Mula-mula datang haid semasa sekolah menengah dulu saya macam ternganga sahaja kawan-kawan cerita pasal tuala wanita berjenama. Bagus, tahan, tidak bocor. Waktu itu ada Kotex, Linear (betulke ni tak ingat dah). Keluarga saya hanya pakai tuala wanita kapas berjenama Carina atau Onanoko. Beli banyak-banyak biasanya di Mydin. Murah, jimat. 

Pernah juga beli yang mahal sedikit iaitu Linear tulah tetapi hampa apabila mahu cuci tuala wanita menjadi kembang malah keluar gel. 'Eh apa ni?'. Selepas itu tidak beli lagi. Dari segi cucian semestinya tidak puas hati sebab darah tidak dapat dibasuh bersih. Lagi satu saat itu sudah terfikir, 'tidak bahayake pakai gel-gel ni?'. 

Saya dari zaman sekolah menengah sudah berfikir di luar kotak sangat takut untuk pakai atau makan benda pelik sebab takut tidak boleh mengandung. Jauhkan berfikir. Pernah suatu hari cikgu lelaki tanya saya 'awak rasa lagi 10 tahun awak nak kahwinke nak kerja dulu?'. Waktu itu saya tingkatan satu, belum balighpun lagi sudah ditanya soalan sebegitu. 

Nak jawab apa ni... Tingkatan 1 13 tahun. Lagi 10 tahun umur 23. Eh kalau boleh mestilah mahu kahwin dulu. Umur 23 kahwin nanti dah tua baru nak beranak. Tapi jawapan saya bagi pada cikgu kontra dengan monolog dalaman. 

'Saya nak kerja dulu'. Huaaaaa inilah wanita hati dan mulut tidak pernah sama sampailah sekarang. Hati lain mulut lain. 
Semasa di sekolah menengah jugalah mak saya selalu pesan 'jangan makan jamu selagi belum beranak, nanti peranakan kecut susah nak mengandung'.. 

Saya tanam kata-kata itu. Suatu hari pergi ke rumah kawan, buat thesis di pulau Carey. Nenek kawan tu bancuh jamu dengan madu. Orang lain semua minum tiba giliran saya. 'Nek, minum ni tak susahke nanti mengandung?'. Saya diketawakan. Haha. Jauh fikir. Kerana saya mahu zuriat.. Alhamdulillah lepas kahwin, senang sahaja dapat anak. 

Dulu... 

Mahu kahwin awal, mahu menyusukan anak setiap orang 2 tahun. Mahu bersalin pada atau sebelum usia 35 tahun. Kira-kira dapatlah 6 orang semuanya kalau ikut jadual asal. 

Tapi....... Sekarang anak 3 terasa seperti mahu pencen. Sebab kadang-kadang tayar pancit.. Ya Rabbi... Penatnya jadi ibu ni. 

'Umi.. Nak ni.. Umi.. Nak tu.. Nak umiiiiii.....' (Mampukah aku meneruskan impian murni menjadi wanita Berkat? Huk huk huk). 

Eh.. Berbalik kepada cerita tuala wanita tadi hehehe.. Pilihlah yang selamat. Bukan apa, sekarang terlalu banyak kes tidak dapat mengandung, kes ketumbuhan Cyst, Fibroid, Endometriosis dan pelbagai lagilah. Ia boleh jadi berpunca daripada faktor pemakanan, dan juga faktor apa yang kita pakai sehingga mengganggu sistem peranakan. 

Sudahlah tu sekarang tuala wanitapun ada yang herbalah, alfa red? Alaaa yang nak seimbangkan ion-ion tu ke. Yang itu minta maaf awal-awal saya agak skeptikal sebab saya tidak mudah percaya pada sesuatu sehinggalah ia dibuktikan secara saintifik. Kita mahu buat tadah haid sahajakan? 

Tambahan lagi sekarang sudah ada yang menjual tuala wanita daripada kain tapi harganya mak aiiihhh. Tidak sanggup untuk keluarkan duit sebanyak itu. Sekeping berpuluh-puluh ringgit. Kita bukan mahu pakai sekeping sahaja. 


Ok, apa yang saya beli ialah Pureen Maternity Pad khas untuk ibu bersalin, kapas lembut malah besar. Tiadalah kebocoran(kalau heavy flow kena tukar lebih kerap). 

Lagi 1 ialah Carina 6 paket setiap paket 10 keping harganya hanya RM5 ++ sahaja. Keperluan wanita ini saya akan pergi kedai beli sendiri. Kalau pergi dengan suami banyak pula yang disoal. Kenapa beli banyak sangat. Semasa period, mode tidak stabil, soalan-soalan yang diaju memang tidak akan dijawab malah saya akan letak semula apa yang saya ambil dan saya pergi beli sendiri kemudian hari. 

Kenapa mahu buang duit untuk perkara yang tidak sepatutnya. Betul tak? 

Ia lebih selamat, kebersihan terjamin sebab kita boleh cuci siap boleh sabun lagi sebelum dibuang. Kita lebih yakin. Selesa, tiada melecet di sana sini akibat terkena plastik. 

Ok, buat pilihan bijak. Untuk kesihatan kita jugakan?. 

Sekian coretan tuala wanita. Semoga dapat menjadi panduan ramai. 

No comments:

Post a Comment