Pages

Tuesday, March 3, 2015

HASIL TUAIAN DI KEBUN SEKANGKANG KERA

     

Kangkung. Tengok sudah berselirat kangkung di luar. Hari ini saya tuai kangkung bolehlah buat sayur lemak. 


Cara semai mudah sahaja, ada kangkung lebihan yang saya beli, ambil daun dan batang, akarnya semai. Siram dengan air dan air perut ikan, air beras (jarang-jarang). Lama-lama hasilnya lumayan. 


Tanam sikit-sikit lama-lama jadilah kebun kangkung.


Ok, boleh masak sayur lemak kangkung dengan ikan goreng. Masakan paling ringkas, anak-anakpun suka.

No comments:

Post a Comment