Pages

Sunday, March 8, 2015

KENALI 3 TANDA SUAMI BENAR-BENAR MENCINTAI ISTERINYA




Cinta lelaki tidak seperti cinta wanita. Cinta wanita lebih bersifat di awang-awangan.

Menginginkan lelaki PERFECT 10. 

'Saya mahu lelaki yang rendah diri serta bijak, lucu dan romantik, sensitif dan lemah lembut dan paling penting dia memberi saya dorongan. Saya mahu dia memandang ke dalam mata saya dan mengatakan sayalah wanita paling cantik dan saya pelengkap dirinya. Saya mahukan lelaki yang mudah mengalirkan air matanya apabila hatinya tersentuh, saya mahu lelaki yang menyayangi haiwan, menyayangi kanak-kanak, sanggup tukar lampin kanak-kanak, cuci pinggan mangkuk dan melakukan semua itu tanpa disuruh'

Itulah CINTA bagi definisi seorang wanita. Hakikatnya cinta seorang lelaki atau suami jauh sekali sifatnya. 

3 tanda ini menunjukkan anda benar-benar dicintai; 

1) Memberi Kenyataan

Sekiranya suami mencintai isterinya, suami akan memberi kenyataan kepada kawan-kawannya bahawa 
'........ini isteri saya' atau selalu membawa isteri ke majlis penting dalam hidupnya. 

Bagi pasangan yang belum berkahwin, kawan lelaki anda betul-betul suka pada anda dan mahu lebih serius dengan anda apabila mereka perkenalkan anda insan yang istimewa di dalam hidupnya. Contoh; 

'Ini kawan saya......' (Ketahuilah bahawa anda tiada di dalam hatinya dan tiada dalam perancangan masa depannya. Jadi janganlah terhegeh-hegeh perasan lagi. Berlalu sahaja dari hidupnya).

Lelaki tidak perlu meluahkan perasaannya hari-hari. Memadai anda merasai anda insan penting dalam hidupnya. Jadi lepas ni jangan paksa-paksa lagi suami anda ye meluahkan perasaan. 

'Abang ni dah tak cinta saya ke.. Saya tahulah saya dah tak cantik.. bla bla bla' bebelan demi bebelan.. Semakin serabut suami anda. Beri mereka ruang. 

2) Memberi Nafkah

Seorang suami yang mencintai isterinya memberi nafkah dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Setiap bulan suami akan membawa pulang duit untuk digunakan oleh keluarganya. Suami yang bertanggungjawab akan menunaikan hak keluarga terlebih dahulu dan akhir sekali barulah berbelanja untuk diri mereka. 

Suami akan ketepikan keperluannya sendiri. Katakan mereka perlukan kereta mewah, atau set kayu golf yang baru, semua itu menjadi tidak penting lagi berbanding menyediakan keperluan keluarganya. 

Jika anda perhatikan, suami akan sedaya upaya bagi anda rasa apa yang mereka sudah rasai. Contohnya, suami anda pergi kursus di mana suami suka tempat tersebut, mereka akan berusaha membawa anda dan keluarga merasai dan menikmati tempat yang sama. Mereka tidak menikmati seorang diri.. 

Suami akan berusaha menyediakan apa sahaja kehendak isteri. Contohnya, isteri mahukan set dapur yang lengkap dengan kabinet. Jika suami tidak mampu, mereka akan berusaha sedaya upaya memenuhi keinginan isterinya dengan mengubah suai sendiri dapur dan mengecatnya. 

Jika suami tidak mempunyai duit untuk membeli bekalan dapur, pasti mereka akan tinggalkan makanan di dalam peti agar isterinya tidak berlapar untuk hari itu. 


Akhir sekali...


3) Memberi Perlindungan 

Apabila suami mencintai isterinya, sesiapa sahaja yang datang, berfikir atau mahu menyakitkan anda sebenarnya sedang mencari nahas. 

Suami akan berusaha bertanggungjawab dan mempertahankan isteri dan keluarganya.  Suami tidak mahu isterinya disakiti, malah ditipu. Boleh jadi isteri akan dimarahi apabila melakukan tindakan yang salah, tapi ketahuilah suami benar-benar risaukan isterinya. 

Lelaki sejati akan pastikan dirinya seorang yang penting, bagi isteri hargailah setiap penat lelah suami untuk anda. Semakin mereka dihargai, semakin sayang dan cinta mereka kepada anda. 

----

Teringat kisah dulu. Saya baru berkenalan dengan suami, waktu itu ada program saya ditugaskan untuk menguruskan penempatan dan pengangkutan. Pada saat itu sudah buntu. Suami sms tanya, 'ok apa yang awak ada?' 

Malu-malu saya jawab 'ada basikal je'.. 

Suami terus bagi solusi 'ok takpe, abang ada kereta abang tolong ambil dan hantar peserta'.. 

Selepas program... 

Ada post mortem. Terdengar AJK marah. 

'Macam mana tetamu jemputan boleh ambil tugas AJK pengangkutan?' 

Keh keh keh... Itulah dinamakan serius.. Saya memang ada dalam perancangan masa hadapannya. 

Sekarang ini pula, memang ketara suami bagi apa sahaja apa adanya dan sanggup membawa kami ke suatu tempat kerana suami pergi ke tempat tersebut kerana ada urusan. 

Jadi, lepas ini isteri-isteri sekalian, cinta lelaki bukanlah pada kata-kata tetapi lihatlah pada perbuatan suami. Syukuri insan yang hadir sebagai suami. Mereka semtiasa ada pada saat jatuh bangunnya isteri. 

No comments:

Post a Comment