Monday, March 2, 2015

SEJARAH SHAKLEE 1894 - 1956

 Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada bulan November 1894. Beliau menghidap penyakit tibi ( batuk kering) dan para doktor bersetuju yang beliau tidak akan hidup lama.  Kepercayaan ibu bapa beliau tentang alam dan benda-benda semulajadi membuatkan mereka berpindah ke utara di mana tanah di sana yang subur menghasilkan bahan-bahan berkhasiat yang Early Shaklee Family.jpg (64680 bytes)berkualiti.  Mereka meletakkan di tepi ubat-ubatan seiring dengan makanan yang diperolehi dari ladang mereka.  


Early farm.jpg (59453 bytes)Dr. Shaklee percaya penyembuhan beliau daripada penyakit bukanlah sesuatu yang ajaib, seperti yang didakwa sebilangan orang, ia adalah satu proses yang lambat tetapi pasti.   Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan sangat berkait rapat dengan nutrisi yang baik, persekitaran dan senaman yang menyihatkan. 

Semasa Dr. Shaklee ditanya kenapa beliau memutuskan untuk belajar perubatan kiropraktik dan bukan doktor perubatan, beliau berkata  “saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan tetapi kita bercakap tentang dua bidang yang berbeza. Doktor perubatan dilatih merawat penyakit dan saya berminat dalam aspek membina kesihatan.”

Early Shaklee Office.jpg (24478 bytes)Dr. Shaklee membuka pejabatnya di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Beliau bercakap kepada pesakit-pesakitnya tentang diet atau pemakanan mereka, yang agak luar biasa pada masa itu, dan merancang diet bernutrisi yang terperinci untuk memantau perkembangan pesakit-pesakitnya.   Jika kita lihat gambar, ia adalah salah satu pejabat Shaklee terawal.



Early Vitalized Minerals.jpg (19124 bytes)Produk pertama Dr Shaklee pada tahun 1915 dipanggil “Vitalized Minerals” di mana beliau mengasingkan bahan-bahan asli dari sayur-sayuran untuk memperolehi nilai mineralnya.   Beliau kemudiannya disertai pula dan sering dihubungi oleh seorang pakar biokimia bernama Casimir Funk, yang mengistilahkan bahan-bahan ini sebagai “vitamins”
Inilah penggunaan perkatan’ vitamin’ yang pertama.



Dr. Shaklee adalah seorang kiropraktor yang menuntut dengan rakannya, B. J. Palmer, bapa kepada penjagaan kiropraktik. Dr. Shaklee juga memegang ijazah dalam bidang nutrisi, biokimia, falsafah dan ketuhanan. 



Pada tahun 1924, Dr Shaklee membina sebuah pusat penjagaan kesihatan yang lengkap dengan kakitangan kiropraktor, osteopati, internis, pengamal am dan pakar-pakar bedah.  Early Plane.jpg (108699 bytes)Gambar menunjukkan Dr Shaklee dan rakan-rakannya di hadapan kapal terbang Curtiss yang digunakannya untuk melawat pesakit-pesakitnya di seluruh negara. 


 
Buat pertama kalinya, formulasi suplemen makanan Dr. Shaklee dipaketkan dan dijual.  Pada tahun 1928, beliau membangunkan satu regimen pemakanan yang wajar yang disarankan kepada semua pesakitnya.   Diet ini adalah sama dengan diet dalam piramid Panduan Pemakanan yang pada masa itu disarankan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dengan penekanan diberikan kepada bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dan sedikit sahaja lemak dan gula.   

Pada bulan Januari tahun 1929 beliau dianugerahkan jawatan Menteri dan pada tahun 1933, dengan rasminya beliau menerima ijazah kedoktoran dalam bidang ketuhanan.  Keprihatinannya terhadap aspek kerohanian dalam kehidupan akhirnya diambil sebagai falsafah Shaklee.   

Beliau mengamalkan kiropraktik sehinggalah usianya 65 tahun.  Kemudian, beliau melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah dibangunkan sepanjang hayatnya.  Impiannya ialah untuk berkongsi produk-produk ini dan tahap kesihatan yang lebih baik dengan orang lain di seluruh dunia.    

Dr Forrest C. Shaklee, Sr. dan dua orang anak lelakinya, Forrest, Jr. dan Raleigh melancarkan syarikat Produk Shaklee pada tahun 1956.Early Dr Shaklee and sons.jpg (29142 bytes)


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...