Monday, March 2, 2015

VISI SEORANG INSAN

 'Saya telah menghabiskan hayat saya untuk mengkaji cara dan rahsia alam. Dia (alam) amat bijak dan merupakan seorang guru yang mulia (nobel). Dengan perasaan kerdil saya cuba mempelajarinya dan mengikuti kebenarannya. Dia telah membuat kehidupan saya kaya, puas dan seronok. Saya berharap agar hasil daripada pemikiran serta produk yang telah saya keluarkan selama setengah abad membuat penyelidikan akan membawa pengertian dan nilai kepada saudara dan mereka yang saudara hargai" Dr Forrest C Shaklee (1894-1985).

Shaklee bermula dengan visi seorang insan Dr Forrest C Shaklee. Hasil penemuan beliau didapati telah mendahului masa "ahead of his time", beliau memahami wujud satu gandingan kesihatan dan nutrien. Falsafah beliau untuk menikmati kesihatan optima merupakan satu revolusi di dalam bidang kesihatan. Insan perlu hidup harmoni bersama alam.

Beliau dilahirkan pada musim sejuk bulan November di sebuah pekan kecil Carlisle- Lowa. Tiada siapa dapat menyangka yang beliau dapat membesar dan menjadi seorang insan terkenal. Beliau dilahirkan dalam keadaan kesihatan yang sangat tidak memuaskan. Doktor telah menasihatkan ibunya agar menasihatkan beliau atas dasar KASIHAN. Ibunya telah menggunakan ilmu nutrien dan herba di mana kesihatan beliau pulih dan memanjangkan tempoh hayatnya. Dengan usaha dan penemuan ini, Dr. Shaklee menanam minat mendalam terhadap keseimbangan, keindahan dan kecantikan alam semula jadi.

Dr. Forrest C Shaklee

  







Minat tersebut telah menggalakkan beliau mendalami ilmu kesihatan dan ilmu badan serta kiropraktor - suatu bidang ilmu Sains yang baru ketika itu. Beliau juga telah memperkenalkan kaedah kesihatan holistik. beliau mempunyai keistimewaan untuk menghubungkaitkan masalah kesihatan dengan cara pemakanan seseorang. Beliau telah mengikut jejak langkah Casimir Funk - terkenal di dalam bidang penyelidikan nutrien dan beliau menrupakan seorang penemu vitamin yang terulubg. Hasil penyelidikan nutrien beliau telah meyakinkan beliau mampu untuk menstabilkan nutrien yang telah dipatikan (extracted) daripada sumber sayur-sayuran. Beliau juga mampu menghasilkan bahan yang dapat mencegah kemusnahan nutrien.

Produk terulung beliau ialah 'Vitalized Minerals'. Dengan pengeluaran produk tersebut maka lahirlah sebuah vitamin yang " Multi vitamin atau Multi Minerals" Reputasi Dr. Shaklee merebak dan semakin terkenal. Minat beliau yang meluas merapatkan perhubungan dengan pemimpin terkenal zaman beliau - Thomas Edison berminat untuk berkenalan dengan Dr. Shaklee. Melalui Thomas Edison, Dr. Shaklee telah diperkenalkan pula dengan Henry Ford dan Harvey Firestone.

Pada tahun 1940, beliau bersara dari klinik perubatan beliau dan menumpukan masa sebagai pensyarah bidang nutrien, falsafah dan 'thoughmanship'. Pada umur 60 tahun beliau bersama-sama 2 anaknya - Forrest Jr dan Raleigh telah menubuhkan bisnes keluarga - Syarikat Shaklee.

Selepas bersara, beliau tidak henti-henti dikerumuni orang untuk mendapatkan pemakanan tambahan yang diedarkan di klinik-klinik beliau. Permintaan terhadap produk beliau semakin bertambah. Oleh kerana beliau tidak lagi bekerja di klinik, pengedaran produk beliau secara tradisional. beliau mahu memastikan kualiti dan kesegaran produk tetap terpelihara di samping memberi peluang kepada mereka yang yakin terhadap produk dan memasarkannya sendiri. beliau yakin bahawa bakat dan potensi seseorang mampu untuk memasarkan produk berkenaan dan akhirnya telah terbina rangkaian bisnesnya sendiri. Dengan itu lahirlah pula sebuah bisnes plan yang baru. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...