KELAS AGAMA TAFSIR AL-QURAN DI FTC

Kelas agama di FTC disampaikan oleh ustaz M. Shauqi yang didatangkan dari Rumah Pengasih Warga Prihatin


Minggu ini minggu keenam saya join kelas agama ni. Macam-macam yang saya belajar. Rasa macam baru masuk Islam. Sedar tak sedar selama ini hanya menganut 'agama' nenek moyang. 

'orang tua-tua kata kena buat macam ni macam ni macam ni. Kalau Islam awal-awal sahaja masuk neraka, nanti masuk syurgalah bila dosa tu habis'

Pernah dengar ayat-ayat ini? Jadi dengan jaminan tersebut maka kita bermain-main di bumi Allah. Lebih banyak lakukan urusan dunia berbanding akhirat sehingga tanpa sedar telah wujud 'sembahan' baru di dalam hidup. 

Apakah sembahan hanya pada patung-patung berhala?Ini lagilah buat saya sentap. Sembahan bukan pada patung semata-mata, tetapi syirik atau sekutukan Allah ialah mengangkat perkara lain lebih tinggi daripada Allah. Contoh? Di dalam rumah tangga sudah banyak sembahannya. Apabila ibu menjadikan dapur sembahannya, ayah menjadikan kereta sebagai sembahannya, anak-anak menjadikan gajet sebagai sembahan mereka. 

Sembahan paling besar hari ini ialah DUIT. Apabila kita mengangkat duit segala-galanya maka berlakulah kemungkaran iaitu mencari duit daripada pelbagai sumber samada halal atau haram. Apabila tidak mengikut apa yang Allah suruh dan larang maka jadilah kita insan yang ingkar atau lebih tepat KAFIR. 
Di dalam Al-Quran banyak disebut perkataan kafir. Kafir itu bukan dituju untuk orang bukan Islam, tetapi orang Islam yang ingkar. 

Banyak lagi yang saya belajar, setiapnya berkait antara satu sama lain. 

Ayat-ayat CORE dalam Quran yang kami kena pegang ialah 17:36 iaitu pentingnya menuntut ilmu. kemudian 10:36 jangan bersangka-sangka. Jika tiada ilmu maka akan berlakulah pelbagai sangkaan. Paling teruk kalau bersangka-sangka dengan Allah. 

Jadi macam mana nak masuk syurgakan?

Nota: Carilah ilmu agama, telah jauh kita semua tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

 
 Saya bersama dengan penganjur kelas agama di FTC iaitu pengasas kumpulan Jutawan, Master Shareeza

Di kelas kami bawa anak. Setiap sesi ada ustaz akan tegur perihal anak ini. 6 sesi makin banyak teguran. Setiap satunya memang sentap tapi kena akui kalau tidak kita akan selama-lamanya menjadi ibu yang 'menternak' anak. 

Kenapa surah al-Baqarah iaitu lembu betina sehingga 3 surah, dan kenapa Surah An-nas iaitu manusia akhir sekali?

Adakah penciptaan manusia ini sia-sia?

You Might Also Like

0 comments