Monday, August 31, 2015

8 CARA MELEGAKAN 'MORNING SICKNESS'

Bagi ibu hamil, alahan atau 'morning sickness pada peringkat awal kehamilan itu perkara biasa. Ini kerana, perubahan hormon ibu dan peningkatan hormon mengandung. Apa yang harus dilakukan ibu hamil untuk mengelakkan 'morning sickness' atau melegakannya? 

1. Makan sikit tetapi kerap

Kerap
Makan sikit dan kerap


Membiarkan perut kosong akan menyebabkan alahan semakin teruk. Amalkan makan dengan jumlah yang sikit tetapi kerap dapat mengekalkan gula dalam darah. Sediakan snek ringkas sepanjang hari untuk anda kunyah.
Kacang
Kekacang
2. Makan makanan kaya protein

Makan dengan jumlah sederhana, makan makanan kaya protein seperti kekacang yang juga tinggi dengan Vitamin B. Elakkan makanan berlemak, berempah, berasid atau makanan bergoreng yang boleh mencetuskan loya.

3. Sarapan di atas katil

morning sickness

Yang ini paling seronokkan? Dapat makan terus dari atas katil. Jika anda terus bangun semasa perut kosong akan membuatkan anda bergegas ke tandas. Dapatkan roti bakar sebelum bangun dan makan perlahan-lahan boleh mengelakkan alahan. 


4. Minum di antara waktu makan

Drinking water
Minum air banyak

Jika anda sukar untuk menelan air semasa makan, hadkan pengambilan minuman di antara waktu makan. Minum air yang banyak untuk kekal terhidrat. Kalau saya, saya akan minum Performance Drink Shaklee untuk kekal terhidrat. Waktu awal kehamilan, entah kenapa nak minum airpun tidak lalu. 

5. Banyakkan berehat

Sleeping woman

Elakkan stress atau sebarang tekanan. Tekanan dan keletihan akan membuatkan alahan anda semakin teruk. Dapatkan rehat yang cukup dan baringkan jika anda ada peluang. Saya suka berehat ni. Kalau anda nak tahu, awal kehamilan badan akan terasa lesu dan hanya mahu tidur. Jangan risau, ia normal untuk anda.

6. Hidu lemon
Menghidu hirisan lemon akan melegakan loya anda. Anda juga boleh menambah hirisan lemon ke dalam teh anda atau di dalam air kosong jika perlu.

Sniffing lemon


7. Legakan perut anda dengan halia

ginger

Anda boleh mengambil halia untuk melegakan perut anda dan mengurangkan loya. Parut halia hidup atau ambil sahaja tablet halia. Saya biasanya akan ambil Peppermint Ginger Shaklee untuk melegakan angin di dalam perut sekaligus melegakan loya. Sesekali saya akan kunyah parutan halia hidup. Sekejap sahaja, semua angin akan keluar dan keadaan lebih menyihatkan. 

8. Ambil multivitamin kehamilan

Mengambil multivitamin kehamilan membantu mengurangkan rasa loya kerana lengkap sumber vitamin walaupun hanya mempunyai bukti yang sedikit. Namun, jika ia tidak berjaya, mengambil multivitamin ini akan memastikan dos asid folid dan vitamin D anda cukup. Jangan lupa ambil B-Complex sekali untuk keperluan keseluruhan vitamin B yang lengkap.


Multivitamin hamil
vitamin asas hamil saya


Testimoni tiada rasa loya dengan suplemen hamil Shaklee


Jika anda hamil, perlukan suplemen kehamilan, hubungi sahaja saya, anda layak mendapat konsultasi PERCUMA daripada saya.







REVIEW NASI ARAB AROMA HIJRAH

AROMA HIJRAH
Nasi Arab Aroma Hijrah


Pagi ini saya nak buat 'review' tentang Nasi Arab Aroma Hijrah yang bertempat di Shah Alam. Semalam kali kedua kami satu keluarga berkunjung ke sana. Minggu lepas tidak puas makan, teringat-ingat hehe. Itu yang semalam pergi lagi. 

Menu pilihan kami ialah Nasi Arab campur yang terdiri daripada mandhy, kabsah, maqlubah. Lauknya kami pilih 'all lamb'. Kalau pilih ayam nanti tidak habis ayamnya sebab kambing sangat sedap. Apa yang saya boleh katakan, kami berpuas hati dengan nasi arabnya. Sedap sehingga menjilat jari. Satu talam ini hidangan untuk 4-5 orang. Tapi kami 5 beranak sahaja 3 kecil 2 dewasa, ada lebih dan kami tapau sahaja bawa balik. 

Harganyapun berpatutan. Kalau tak silap semalam RM95 satu talam, all lamb, dengan sejag air. Pilihan kami Rina Mango. Makan nasi arab teringat Madinah dan Mekah semasa umrah kami anak beranak tahun lepas.

Sunday, August 30, 2015

BANYAKNYA BEKAS PLASTIK FREE


 

Entri malam ini pasal bekas plastik FREE. Ceritanya begini, semua bekas ini saya tidak perlu beli apapun barangan atau produk tertera. Tetapi saya pergi kedai buah yang saya selalu pergi tu. Macam biasa, epal hijau 8 biji RM10 jadi pilihan saya. 

Semasa tengah pilih buah, tauke kedai tengah pening mana nak letak bekas plastik percuma ni. Bila saya pergi bayar, tauke tu 'offer'. 

'Akak nak tak bekas ni?' 

Saya balas 'nak bagi FREE ke?'

Tauke, 'angkat sajelah kak'

Saya, 'Boleh ambil yang mana?'

Tauke, 'Ambil saje yang mana akak nak'.

Sayapun ambil 2 bekas tutup hijau dengan botol air coffee mate tu. Tiba-tiba pekerja kedai tu 'offer' lagi. 

'tu kak, buat bekal roti anak sekolah'

'kalau yang ni tak boleh ambil 1, nanti berebut. Bolehke ambil 2?'

Tauke 'angkat saja'. 

Tauke siap bagi plastik baru nak masukkan bekas ni semua kemudian pekerja kedai masukkan lagi 1 botol Nescafe' 

hehehe Alhamdulillah. Dari dalam kereta suami menjeling sahaja isterinya. Kata nak beli epal dengan roti sahaja. Tapi plastik lebih semacam sahaja. 

Wanita.. Wanita... Bekas plastik FREE pun suka. Kalau jenama Tupperware entah-entah melompat.. Haiih. 

Malam ni ada kenalan offer nak bagi branded bag prelove FREE pula. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadah ni haaa..

Saturday, August 29, 2015

3 CARA MERANCANG KEHAMILAN


Merancang sangat penting dalam kehidupan seharian kita dari bangun tidur sehinggalah ke tidur semula. Ia tidak terbatas kepada amalan harian, malah untuk seluruh hidup. Apakah tujuan kita hidup? Untuk ke syurga atau ke neraka? 


Begitu juga dengan kehamilan. Apabila hamil, ke mana hala tuju kita, keluarga dan anak-anak seterusnya?

Merancang kehamilan ini sangat penting, akibat tersasar merancang, anak yang dikandungkan bakal menjadi insan yang tidak diingini. Saya terbaca artikel Dr. Hamid Arsyat, ada ibu yang tidak menginginkan kandungannya mencuba pelbagai cara untuk menggugurkan anak itu tetapi dengan kuasa Allah, anak itu hidup tetapi dilahirkan cacat. Usia anak itu telah belasan tahun, tetapi ibunya tetap tidak mahu menerimanya. Besar kesankan? Kalau ada iman di hati insya-Allah kita redha dengan rezeki Allah. Tetapi di dalam Al-Quran banyak Allah sebut tentang perancangan hari esok. Pentingnya kita merancang ini. Apakah cara merancang kehamilan? Berikut saya bawakan 3 cara merancang kehamilan:

1) Persediaan mental dan emosi. Elakkan mengandung secara eksiden. Kita boleh tahu bila kita subur dan bila tarikh tidak subur. Jika inginkan kehamilan, rancang sekurang-kurangnya 3 bulan lebih awal untuk membuat persediaan mental dan fizikal

2) Periksa kesihatan anda sebelum kehamilan. Digalakkan mengambil suplemen 3 bulan lebih awal. Satu satu punca 'morning sickness' atau pening dan mual ialah disebabkan faktor kesihatan iaitu tekanan darah rendah dan gula di dalam darah rendah. Ambil set lengkap kehamilan Shaklee 3 bulan sebelum hami. 

3) Persediaan rohani. Ibu bapa hendaklah membuat persediaan rohani kerana pembentukan dan perkembangan janin banyak bergantung kepada rohani ibu bapa itu sendiri. Kalau boleh, fahami al-Quran dengan fahaman yang sebenarnya bukan lagi dibaca sekadar dilagu-lagukan tanpa memahami sepatah perkataanpun.


Sekarang, nampak bukan pentingnya perancangan? Sebaiknya rancanglah kehamilan ini sejak dari awal perkahwinan. Berapa anak yang anda mahukan. Lihat usia anda. Sebaiknya jangan lengahkan perkahwinan kerana setiap saat, minit, jam, hari, minggu dan tahun dikira. Wanita sebaik-baiknya hamil sebelum atau sehingga 35 tahun. Jika lewat, ada risikonya pula. Kalau anda kahwin usia 28 tahun, anda ada 7 tahun untuk mendapatkan zuriat, menyusukan anak dan berapa bilangan zuriat anda. 

Waktu kita hidup di dunia ini sangat singkat dan rugi jika dibazirkan untuk mengejar dunia yang tidak akan habis. 

Wallahu'alam.

KELAS AGAMA DI FTC SESI 14







Kelas agama di FTC sesi 14 berjalan seperti biasa semalam. Alhamdulillah banyak yang telah dipelajari. Saya rasa banyak, tapi Ustaz Shauqi kata 2% daripada Al-Quranpun belum kami belajar. Kalau jari dicelup di dalam air laut, kemudian jari itu diangkat. Apa yang tinggal? Itulah yang kami belajar hari ini, sedangkan Al-Quran itu seluas laut. 


Sepanjang sesi 14 ini ada peserta yang datang dan pergi, setakat ini saya ikuti kesemua 14 sesi, itupun jauh di sudut hati sudah tidak lama kelas ini akan berakhir, yelahkan takkan selama-lamanya ustaz Shauqi wakil daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin ini akan bersama kami sedangkan banyak lagi tangggungjawab mereka terhadap RPWP sendiri dan terhadap manusia di luar sana yang mengalami 'PANAS' akibat bahang dosa dan neraka dunia. 

Nak tengok kita ini ada harapan untuk ke syurga ataupun tidak, lihat rumahtangga masing-masing, adakah sudah menaikkan Allah sebagai Pencipta atau masih ada sembahan-sembahan lain di dalam rumah?

Kenali ciri-ciri ahli syurga, mereka tersenyum sesama sendiri dan sentiasa memberi salam, lihat lagi diri sebagai isteri, adakah sudah seperti bidadari? Kenali pula ciri-ciri bidadarinya. Bidadari patuh dan taat kepada suaminya. Adakah kita ini yang berwajah masam mencuka, sepatah suami kata 100 patah kita balas. Layakkah syurga untuk kita?

Anak-anak kecil pula, anak-anak syurga cirinya tidak disentuh oleh manusia. Lihat anak sendiri, adakah mereka tidak disentuh manusia? Walaupun ibunya tidak bekerja tetapi berapa ramai yang memasukkan unsur-unsur lain atau lebih tepat 'tangan manusia'. Secara kasar mungkin tidak disentuh manusia tetapi secara diam-diam otak dan pemikiran mereka dicemari dengan gajet-gajet, internet yang dipasang semata-mata untuk melekakan anak-anak. 

Kalau nak cerita satu persatu panjang, 10 hari 10 malampun tak habis pasal Al-Quran ini. Paling terkesan daripada kelas agama anjuran FTC iaitu upline kami dalam kumpulan Jutawan ini, kami ditekankan dengan BERPUASA. Puasa yang dimaksudkan ialah puasa nafsu daripada keinginan untuk membeli-belah. Kekang belanja masing-masing. Ada sebab saranan ini dibuat, supaya kami tidak lagi menyembah duit. Bangun pagi nampak duit, pergi kerja cari duit, bisnes matlamatnya duit. Habis tu Allah di mana? 

Di dalam badan manusia ada 1 rongga. Rongga itu ialah hati. Jika bukan Allah di dalam hati, unsur-unsur lain akan masuk, sebab itulah kejar dunia sebanyak mana sekalipun tidak pernah akan puas. Sepanjang 3 bulan saya berpuasa alhamdulillah tiada lagi senarai-senarai untuk dibeli setiap bulan. Cukup makan minum, selebihnya PUASA. 


Di dalam gambar di atas, paling atas sebelah kanan adik Anis pelajar praktikal Unisza membuat praktikal di AIP menceritakan kesan dan pesan yang beliau dapat sepanjang praktikal di sana. 

Sebelah kiri, ustaz Shauqi Hasan wakil RPWP @ AIP yang sukarela menyampaikan ilmu setiap minggu kepada kami. Yang paling saya terkesan, warga RPWP mewakafkan diri mereka untuk Allah iaitu untuk pembangunan Islam. Mereka tidak mendapat sebarang gajipun berkhidmat di RPWP. 

Gambar bawah, sesi akad iaitu zakat atau sedekah daripada peserta untuk disampaikan kepada RPWP. Kemudian ada doa dibacakan. Setiap minggu, doa ini dibaca, ia sungguh terkesan di hati. 
Sesunggahnya sedekah itu menyucikan jiwa kita.

Friday, August 28, 2015

3 PUNCA KEGUGURAN

Semalam saya singgah lagi di blog pakbidan milik Dr Hamid Arshat, baca pasal punca-punca keguguran. Ngeri. Selalu baca ni sebab 'standby' anak keempat, maklumlah anak bongsu setakat ini dah berusia 2 tahun 1 bulan. Jadi perancangan untuk 'next generation'. Eh, umur belum masuk 30tahun dah nak masuk 4 anaknya hehe. Mengikut perancangan awal-awal perkahwinan dahulu.



Saya bentang 'proposal' saya kepada suami satu persatu. Waktu itu hanya tahu pasal kehamilan, penyusuan. Jarak kehamilan untuk setiap anak sebaik-baiknya 2 tahun seorang. Kenapa? Sewaktu mengandung sehingga bersalin, banyak nutrien di dalam badan dan rahim akan hilang untuk diberikan kepada bayi. Jika tiada perancangan, ikut eksiden sahaja, anak berikutnya berkemungkinan kurang zat, tambah lagi kalau maknya anti suplemen.

Ok, saya bagitahu suami setiap anak kami mesti mendapat penyusuan 2 tahun penuh. Alhamdulillah lagi 2 hari si kecil ni akan selesailah penyusuannya iaitu 2 tahun 1 bulan (pentingkan perancangan ni?).

Berbalik kepada punca keguguran, saya nak sentuh 3 PUNCA KEGUGURAN sahaja;


1) Keguguran berlaku akibat kecacatan kromosom atau janin yang terhasil cacat. Bila janin tidak boleh 'survive' gugurlah ia. Ibu-ibu jangan sedih jika ini berlaku ye, ada hikmahnya.

2) Badan ibu terlalu banyak toksin. Hmmm yang ini ramai tidak perasan, kita terlalu percaya kita boleh hidup tanpa makanan tambahan. Itulah salah fahaman kita hari ini. Kalau zaman tok nenek moyang kita dulu, YA, mereka tidak perlukan makanan tambahan kerana buah-buahan, sayur-sayuran, sumber dedaging, ayam, lembu, ikan semuanya 'fresh'. Tetapi hari ini sana sini hormon, sayur dan buah tidak lagi membekalkan nutrien yang cukup kerana tanah kita sekarang tidak sama dengan tanah zaman dahulu.

Apa yang perlu disarankan kepada ibu hamil jika keadaan ini berlaku? Dr Hamid Arshat sarankan vitamin tinggi antioksidan untuk menyahtoksin dan menguatkan rahim. Antaranya ialah Vitamin E(400IU) dan Vitamin C (1G). Suplemen Shaklee ada kedua-dua produk ini dan semestinya ia jauh lebih baik daripada suplemen di luar kerana Shaklee hanya menyediakan suplemen semulajadi dan bebas bahan sintetik. Selamat diamalkan untuk ibu hamil yang berisiko ini.


3) Faktor hormon. Hormon Progesterone ibu tidak cukup tinggi untuk membenarkan penempelan janin. Jadi, segera berjumpa doktor atau bidan anda untuk mendapatkan suntikan hormon.


Ok itu sahaja.

Nak tengok rupa Vitamin C dan E Shaklee? Boleh. Untuk anda pelanggan saya, apa sahaja.

Cegah keguguran
2 biji setiap hari

Cegah keguguran
1-2 biji setiap hari
Dalam masa sama, jangan lupa amalkan set lengkap kehamilan pada saat anda bermula hendak merancang lagi bukan setelah tahu anda telah hamil. Perancangan itu penting. Lagi 1, nutrisi cukup sebelum hamil boleh membantu pencegahan daripada morning sickness yang keterlaluan. Sikit-sikit tu biasalah.



Ingat Shaklee, cari saya ye.




Thursday, August 27, 2015

ANAK KERAP SAKIT. BAGAIMANA PERKUAT ANTIBODI?

3 LANGKAH PERKUAT ANTIBODI ANAK-ANAK


Hari ini saya mahu kongsi tentang anak yang kerap sakit dan demam. Bagi anak kecil, ia suatu perkara normal kerana antibodi belum matang. Ia akan matang selari dengan pembesaran. 

Namun, ibu-ibu perlu ambil perhatian 3 langkah untuk memperkuat antibodi anak-anak. 

1) Menyusukan anak-anak sejak bayi sehingga 2 tahun ia satu proses semulajadi untuk ibu membekalkan antibodi kepada anak melalui susu ibu. Sebaiknya ibu-ibu berusaha sedaya upaya untuk memastikan anak-anak mendapat susu ibu sehingga mereka berusia 2 tahun.

2) Pastikan anak-anak memakan makanan yang seimbang setiap hari dan mestilah memasukkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian mereka. 

3) Pastikan anak-anak aktif bergerak dan bermain, justeru elakkan pemberian gajet kepada mereka. Anak-anak yang aktif dapat mencegah daripada obesiti sejak kecil. 

Jika ibu-ibu tiada idea untuk memberi galakan kepada anak-anak memakan sayur dan buah-buahan, boleh ambil idea ini. Pagi tadi saya masak jemput kangkung. Kangkungnya lebih, tepungnya kurang. Jemput-jemput ini akan menjadi rangup. Sekali pandang, anak menolak kerana ada sayur, tetapi sekali makan, mereka mahu lagi, lagi, dan lagi. 



Sebelum makan jemput kangkung saya berikan anak makan belimbing terlebih dahulu. Setiap hari mesti ada bekalan buah-buahan di rumah. Jika amalan memakan buah dijar sejak dari kecil, anak-anak tidak akan menolak. 

Dalam masa sama saya berikan kepada anak-anak suplemen Shaklee. maklumlah kita mahu berikan yang terbaik. Makan dan minum cukup tidak semestinya nutrien mereka juga cukup. Buktinya? Anak sulung saya ada Eczema, makan minum cukup sebab dia tu memang pemakan walaupun badannya keding. Kalau lama tinggal suplemen, Eczemanya mula nak aktif semula, paling ketara ada keluar putih-putih bawah mata, leher gatal-gatal, kaki, betis siap tergaru-garu. Hehe. Jadi saya yakin, anak-anak perlu makanan tambahan. 

Ok, suplemen apa untuk anak-anak perkuat antibodi?


Mari kita lihat satu persatu.Saya bagi 2 jenis sahaja hari ini ya.

1) Vita-Lea Kids, iaitu multivitamin kanak-kanak. ia mengandungi keseluruhan nutrien yang diperlukan anak-anak. Apabila anak mendapat nutrien cukup, antibodi mereka secara automatik dipertingkat, daya tahan terhadap penyakit lebih tinggi daripada tidak mengamalkan langsung multivitamin ini. 



2) Omega Guard. Minyak ikan tulen Shaklee yang mengandungi Omega 3 iaitu DHA dan EPA khas untuk antibodi dan imunisasi. Malah sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.


 Akhir sekali, makan suplemen tu jangan lupa masaklah untuk anak-anak dan janganlah diberi makan jajan. Suplemen bukan tiket untuk kita bagi makanan yang tidak sepatutnya kepada mereka. 

Macam biasa, ingat Shaklee, ingat saya ye.





Wednesday, August 26, 2015

MAKAN RAMBUTAN MENGGAMIT KENANGAN






Rambutan oh rambutan. 


Sebelum ni kalau nak makan rambutan mesti teringat kampung. Mana tak nya kan, rambutan yang sampai di KL semua dah layu, lebam, terlebih masak, lepas tu harganya pula hmmm mengeluh panjang. Jadi memang tak belilah. Makanlah buah-buahan import je dalam Malaysia ni. Nak makan buah tempatan kena tunggu balik kampung. 

Setiap kali musim buah, memang teringat kampung, sobb sobb sobb. Bila balik kampung pula, menghadap sakanlah berjenis-jenis buah. 

Dijadikan cerita, minggu lepas kami sekeluarga pergi Bangi, di tepi-tepi jalan ramai orang jual buah. Tengok harga dia pula, 3KG RM10. Murahnya (agak murahlah berbanding di pasar raya). Tapi hanya sekadar memandang sahaja. 

2 hari lepas, lepas ambil anak sulung di sekolah, jalan yang biasa saya lalu tu ada orang jual buah. Rambutan 1KG RM4, beli 3KG dapat RM10. Sama macam di Bangi. Makan puas-puaslahkan. Bukan senang nak jumpa. Tengah tunggu cempedak pula ni. Katanya hari Khamis ni orang akan hantar. Sedapnya buat cempedak goreng. 

Sekarang, di mana-mana boleh menghayati hidup, tidak kira di kampung atau di bandar.

Setiap hari kena ada buah-buahan untuk anak-anak saya. Risau juga dengan macam-macam penyakit zaman sekarang. Penyakit rahim. Puncanya jika tidak menjaga makanan, tiada sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian, anak-anak mudah menerima jangjitan kerana imuniti rendah. 

Dalam masa sama, mereka dibekalkan Chew C dan Omega Guard untuk imuniti. Sayangi anak-anak sepertimana kita menyayangi diri sendiri.

Tuesday, August 25, 2015

KELAS BLOG DI FTC 25 OGOS 2015

 

Assalamualaikum. Saya sedang bersiaran dari Faizworld Training centre ni tengah join kelas Blog. Blog dah ada tapi nak mengajar orang memang taklah.. Ilmu godek-godek lepas tu nak ulang semula orang tanya tak tahu dah. Jadi hari ni kit masuk kelas ye. Belajar dari awal, jadi i.Allah lepas ni boleh ajar orang dari awal. 


Monday, August 24, 2015

11 LANGKAH PENJAGAAN RAHIM

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula daripada nutfah, kemudian menjadi 'alaqah dan mudghah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh pada usianya 120 hari. Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.


Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi.









Rahim ini mengalami ketumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, pendarahan yang banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan apabila situasi begini berlaku.
Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang sengan pembedahan dan dipulihkan dan berupaya untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim.

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek, ibu saudara adik-beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab.
Elakkan dan jauhkan daripada faktor-faktor penyebab yang timbul daripada persekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal pada usia muda boleh mencegah daripada ketumbuhan fibroids dan adenomyosis.
 

Ketika hamil, otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim daripada ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam ketumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita - estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia). Progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy). Kedua hormone perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

4. Faktor-faktor yang mengganggu imbangan hormon;  tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Di antara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan.
Tangani dan kawal semua jenis stress.


5. Penjagaan rahim perlu bermula daripada umur kanak-kanak. Sering anak-anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna bersuci dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.
Beri supplemen vitamin C (chewable), juga multivitamin sirap dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen2 tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dalam rahim.


6. Kegemukan perlu dikawal daripada umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu minat makan jajan dan makanan segera. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Remaja mula dilanda kegemukan apabila belajar di sekolah, kolej dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tiada kesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula dari sini, gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak ke dalam maksiat penzinaan kerana ramai yang terjerat dengan pelbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila berkahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau 'datang kotor', 'datang bulan'. Pelbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid 'tumpah / melimpah' kebelakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan immuniti ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

 9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyakkan memakan makanan yang membantu dalam penjagaan rahim di antaranya nanas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua enzim ini berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Makanan-makanan tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan2 anti inflammatori (keradangan) juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyakkan makan sayur-sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli, taugeh dan lain-lain. 
Banyakkan makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, epal, nanas, betik, buah naga dan lain-lain.
Makan pelbagai kacang seperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lainAmalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit.
Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.




















11. Amalkan supplement multivitamin, Vita C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber info: Dr Hamid Arshat 

Sunday, August 23, 2015

9 FUNGSI B-COMPLEX SHAKLEE YANG ANDA PERLU TAHU




  


Kecantikan ialah suatu yang subjektif. Ada orang kata, kena pakai mekap tebal barulah cantik, ada orang, gigi tersusun rapi itulah cantik. Tetapi kecantikan semulajadi itulah terbaik. Bagaimana ingin mengekalkan atau memelihara kecantikan semulajadi?
Peliharalah ia dari dalam. Hanya dengan 2 biji B-Complex setiap hari, anda akan dapati perubahan pada emosi, pada mental, malah pada fizikal, anda mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan aktiviti harian. 

Hari ini saya mahu kongsi manfaat utama vitamin B-Complex Shaklee:



  1. Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan Protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan 
  2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  3. Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  4. Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  5. Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus
  6. Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut
  7. Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  8. Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau
  9. Detoksifikasi - meredakan alahan 
Order B-Complex anda hari ini.


Saturday, August 22, 2015

KECANTIKAN SEMULA JADI ITU LEBIH BAIK

 

Vitamin B-Complex merupakan vitamin asas kecantikan. Pernah dengar 'less is more?' Kita duk tampal muka dengan macam-macam nak tutup cela.. Tapi lupa, vitamin paling asas kecantikan kita tak ambil. Sedangkan Vitamin B Complex inilah buat kita cantik dari dalam. 

Jom kita tengok perbezaan B-Complex Shaklee ni dengan B-Complex di pasaran tu.

PERBEZAAN SHAKLEE:

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di dalam pasaran bersifat sintetik. 

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh. Vitamin B ialah larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari. 


Ingat jelita, ingat B-Complex, ingat B-Complex, ingat saya


Friday, August 21, 2015

TINGKATKAN KESUBURAN

Hari ini saya mahu kongsi pengalaman otai Shaklee, Haji Roslan bagaimana menggunakan beberapa suplemen Shaklee untuk tujuan kesuburan dan ia berkesan (semestinya dengan izin Allah)


SET SUBUR YG MENAKJUBKAN

"Tahun 1982 saya berkahwin dengan Hajah Zaradah di Adelaide Australia. Selepas balik haji 1988 beliau izinkan saya untuk nikah lagi demi dapatkan zuriat dengan Hajah Faezah pada tahun 1989.




Namun selepas 5 tahun dengan Hajah Faezah kami belum dikurniakan cahaya mata. Tanya apa perasaan mereka yang tidak dapat anak bertahun-tahun.

Kami tahu satu product yang dapat baiki hormon dan haid wanita serta tingkatkn kesuburan ialah GLA..tapi ia hanya didapati di Singapura (harga RM 100).Shaklee Malaysia belum lagi bawa masuk.
Alhamdulillah dengan mengamalkan GLA bersama Vita E dan Zinc (kesuburan dan power lelaki) serta lain-lain produk, kami dikurniakan seorang bayi comel Amer Roslan yang sekarang belajar di Turki setelah 12 tahun mendirikan rumah tangga. Saya juga fokus doa last 10 days Ramadhan

Bagi org lama mereka akan perasan gambar produk Shaklee dlm wajah klasik di belakang Umi Faezah dan arwah Hajah Zaradah"- Haji Roslan.


 Inilah set kesuburan yang diamalkan Haji Roslan, iaitu GLA, Vita E dan Zinc.

Jika anda sedang menghadapi masalah yang sama, jangan segan silu atau takut untuk mencuba set kesuburan ini. Kita merancang, Allah merancang. Allah ialah sebaik-baik perancang.

Wallahu'alam.


Ingat set subur, ingat saya.

Thursday, August 20, 2015

ISTERI SI BURUK RUPA DISAMAN SUAMI SENDIRI

 

Padah mekap terlalu tebal, seusai bangun pagi, apabila melihat isteri tanpa mekap seorang suami terkejut melihat wajah isterinya. Sangkaannya wanita itu ialah pencuri tetapi rupa-rupanya isteri sendiri. 

Lebih malang, sepanjang perkenalan sehinggalah perkahwinan, suami mengatakan isterinya sangat cantik dengan mekap. Tidak sangka itu pula jadinya. 

Sampai macam tu sekalikan hehe. Bagi wanita di luar sana, adik-adik yang belum berkahwin, berpegang dengan prinsip, 'Less is More'. 'Natural beauty' itu lebih cantik, dengan hanya penjagaan dalaman dan luaran, tanpa ada mekap tebal.

Apa yang akak rasai setelah 3 tahun ++ mengamalkan Shaklee daripada penjagaan dalaman dan luaran?

Dulu terasa juga mahu pakai BB cream, pakai bedak untuk tutup cela. Sekarang, BB cream sudah tidak ada dalam kamus hidup, bedakpun tidak pakai. 

Apa yang akak amalkan?

Ok, suplemen asas untuk kesihatan menyeluruh ialah:


  • Mesti ada Protein dalam kehidupan harian. ESP protein khas untuk pertumbuhan sel-sel baru. Kalau tengok pada gambar isteri buruk rupa tu sel-sel kulit matinya terlalu banyak, kulit kusam. ESP membantu menyegarkan kulit, tiada lagi kulit kusam.
  • Zinc ialah asas suplemen, ia pemangkin seluruh vitamin untuk diproses di dalam badan, untuk kesihatan kulit dan rambut yang cantik.
  • Vita-Lea sumber multivitamin dan multimineral lengkap membantu pengaliran darah ke seluruh badan, kulit lebih berseri. 
  • B-Complex, juga dikenali vitamin kulit, ia membantu menyegarkan kulit, berseri-seri, mengurangkan stress, memberi ketenangan kepada si pengamal. Apabila jiwa tenang, hati lapang, kerut-kerut di wajah akan hilang. 
  • Vita-C suplemen kecantikan dikenali umum, kaya dengan antioksida mencantik dan mencerahkan kulit, dan kulit lebih berseri-seri. 

Hanya dengan makanan tambahan asas diamalkan secara konsisten, anda bakal dapat kulit yang cerah dan berseri-seri.

Di samping itu, amalkan set Nutriwhite ini untuk kekal mulus, membersihkan kulit sehingga ke liang-liang pori. Akak pengamalnya. Konfiden levelpun tinggi bila nak keluar rumah tanpa mekap.



Inilah set penjagaan kulit yang akak amalkan. Bertaraf antarabangsa lagi. Malah selamat kerana sumbernya daripada bahan-bahan senulajadi.


ORDEER DENGAN AKAK YE ADIK-ADIK SEKALIAN. MULAKAN SEKARANG SEBELUM KENA SAMAN DENGAN SUAMI SENDIRI. Hehe



Wednesday, August 19, 2015

SEMBELIT KETIKA HAMIL


 


KENAPA SAYA SEMBELIT?

Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil. Seramai separuh daripada wanita hamil mengalami sembelit

Salah satu punca ialah peningkatan hormon progesteron, yang melegakan otot di seluruh tubuh, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna bahawa usus memproses makanan dengan lebih perlahan dan masalah ini lebih teruk pada akhir kehamilan kerana tekanan rahim yang sedang membesar pada rektum anda.
Makanan tambahan zatbesi, terutamanya dalam dos tinggi , boleh membuat sembelit teruk.


Apa yang boleh saya lakukan jika sembelit ?

Berikut ialah beberapa tips untuk mencegah dan mengurangkan sembelit :

  • Makan makanan tinggi serat seperti bijirin gandum dan roti penuh, beras perang, kekacang dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari. Menambah beberapa sudu bran gandum yang belum diproses (boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan) untuk bijirin anda pada waktu pagi dan mengikutinya dengan segelas air boleh membantu, walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perbezaannya.

  • Minum banyak air - sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Segelas jus buah-buahan setiap hari, terutama jus prune, juga boleh membantu. Sesetengah orang mendapati bahawa meminum air suam selepas bangun tidur membantu pergerakan usus.
  • Bersenam secara teratur. Berjalan, berenang, menunggang basikal pegun, dan yoga boleh membantu mengurangkan sembelit dan cuti anda berasa lebih cergas dan sihat .
  • Usus anda adalah yang mungkin paling aktif selepas makan, jadi luangkan masa untuk ke bilik air selepas anda makan. Dengari badan anda. Jangan sekali-kali menunda pergi ke bilik air apabila anda terasa ingin membuang air.
  • Jika multivitamin pranatal anda mengandungi dos zat besi yang tinggi(dan anda tidak anemia), minta jururawat kesihatan anda menukar makanan tambahan dengan kurang zat besi.
  • Jika langkah-langkah di atas tidak membantu, rujuk jururawat atau doktor untuk mengambil makanan tambahan serat atau pelembut najis .

Adalah sembelit suatu yang serius?

Tidak, tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi tanda-tanda masalah lain. Jika anda mempunyai sembelit yang teruk dan disertai dengan sakit perut, silih dengan cirit-birit, atau anda mengeluarkan mukus atau darah, hubungi doktor anda dengan segera.

Meneran semasa membuang air besar atau membuang najis yang keras boleh menyebabkan atau memburukkan lagi buasir, vena yang bengkak di kawasan dubur. Buasir boleh menjadi sangat tidak selesa, walaupun ia jarang menyebabkan masalah yang serius . Dalam kebanyakan kes, buasir mengambil masa agak lama untuk sembuh selepas bayi dilahirkan . Walau bagaimanapun, jika sakit yang teruk atau anda mempunyai pendarahan rektum , hubungi jururawat dan doktor anda supaya anda boleh dirawat.

Adakah suplemen yang membantu mengatasi masalah sembelit?


Ada. Ostematrix iaitu makanan tambahan Kalsium Magnesium yang seimbang membantu dalam melembutkan najis. Jika diamalkan sebelum tidur dan awal pagi minum air yang banyak, proses pembuangan air besar menjadi lebih mudah.


Juga, amalkan Zinc untuk mencegah buasir. Bukan itu sahaja, Zinc amat diperlukan ibu hamil untuk pembentukan fetus dan mengekalkan kesihatan semulajadi.


 Apa kata pengamal set hamil Shaklee ini?


  
Dapatkan set hamil lengkap Shaklee ini. Kandungan zat besi di dalam setiap tablet Vita-Lea tidak tinggi. Jika anda tidak mengalami masalah anemis sepanjang hamil, 1 biji sudah mencukupi, jika anda mengalami anemia dos boleh ditambah kepada 2 atau 3 tablet sehari bergantung kepada Hemoglobin anda. 

Suplemen Shaklee yang fleksibel, membantu ibu-ibu hamil mengatasi pe;bagai masalah malah mendapatkan kesihatan optimim sepanjang kehamilan. 

Hubungi saya SEKARANG untuk set hamil anda.